Thursday, July 18, 2013

The Anonymous~~


HYE GUYS !

Since Michelle berblog selalu jek ada anonymous-anonymous yang tinggalkan komen kat
entri Michelle ni. Ada yang bahasanya michelle tak faham maksudnya apa.Michelle biarkan je,
Michelle spam.Tak ambik kisah sangat sebab tak tahu pun apa makna yang anonymous tu taip.
Kalau english boleh la faham tapi ada yang memang out of my mine nak memahami kata-kata tu.
TAK SANGKA KAN ADA ANONYMOUS YANG SUDI MEMBENCI MICHELLE DALAM
DUNIA BLOGGING NI. EHEM-EHEMMM RASA MACAM RETIS PULAK ADA BENCI-
BENCI. HAHAHA POYO !! ok, memang tak boleh blah ! -.-

ANONYMOUS

Anonymous ohh anonymous !
Nama pun ANONYMOUS. Susah untuk mengetahui siapa mereka-mereka ni.
Yang sedihnya bila mereka ni meninggalkan komen-komen berunsur negatif dalam blog kita.
Malu membaca komen-komen yang macam tu.Lepas tu mereka macam tidak suka apa yang
kita taip dalam entri. Ada je yang mereka kutuk dalam entri kita tu.Yup, michelle tahu michelle
punya entri banyak kepada hal peribadi. Well itu hak masing-masing kan nak meluahkan apa yang
kita mahu asalkan tidak memburukkan diri sendiri or berkata-kata akan benda yang berunsur negatif.

Michelle tak boleh la nak menuduh sesuka hati lah kan.. Mungkin anonymous tu orang
 yang kenal michelle, michelle pun tak tahu. Tapi michelle nak cakap sikit.. Walau tak suka
sekalipun tak payah la nak komen-komen benda tak elok dalam blog ni.Even michelle tak tahu
kau siapa tapi Tuhan tahu segalanya.Kau rasa  kau selamat tapi sebenarnya tak kerana Tuhan   memerhatikan tingkah lakumu.Tuhan tahu siapa kau disebalik "anonymous" itu.Kalau rasa tak suka
dengan entri michelle tegur je dengan cara baik tak payah nak merosakkan diri-sendiri dengan
komen-komen macam tu.Kau tak dapat apa pun dengan berbuat macam tu. Nak buat orang rasa
marah? Takk,sungguh dalam hati tak timbul sikit pun rasa marah.Tapi kesalllll , maluuuu dengan
kata-kata yang macam tu sebab dari kecil lagi sudah dididik tidak berkata-kata seperti itu.




HENTIKAN MENJADI ANONYMOUS TEGAR. Boleh ???
Kau tak dapat apapun dengan berbuat seperti itu sebaiknya hanya menambah dosa.
JANGAN NAK ANONYMOUS SANGAT LAH YE.KALAU IKHLAS TINGGALKAN
NAMA DAN SIAPA KAU SEBENARNYA , BUKAN TINGGALKAN DOSA. TERIMA KASIH.

XOxo


9 comments:

  1. what you should do dear... just set the comment moderation, bila ada jer comment dari anonymous... don't approve or publish it...

    another thing, let them be... anonymous ni, kalau kita layan lagi menjadi2...

    ReplyDelete
  2. haippp....ade jugak orang mcm tu ek...suke hati lah kite nak taip ape kan..alahai...kes dengki tu dear....

    ReplyDelete
  3. kalo cam tu baik michelle set up blk kat settings.. jgn bg cik anon komen2.. huhu..

    ReplyDelete
  4. terbaik michelle, jangan dilayan mereka semua tu..buat tak tau jer..k

    ReplyDelete
  5. Kamek sik suka Anon2 towk.. Mun mewk tawuk sapa.. Siap nya..

    ReplyDelete
  6. err, ka;au takmau diSPAM oleh komen2 merapu anon tu, baik disable je anon drp komen. setel. tak gitu?

    ReplyDelete
  7. Susah kita nak puaskan hati semua orang.. kita buat apa yg kita rasa betul dan sebahgian besarnya tidak akan mengganggu perasaan orang lain.

    Kalau ttg perasaan kita dan apa yang kita tulis dia tak suka itu masalah emosi si anon, xmatang dalam menganalisa apa yang dia baca..

    ReplyDelete
  8. mcm tu plak,myb diaorg ni penganggur kot..xde kje 2 sbb duk kacau org je..

    ReplyDelete

Copyright© Design by Michelle MarshmallOw 2014 ツ