Monday, December 31, 2012

Last day of the year

4 comments:


hye uolls .. :)

Salam gula-gula batu warna pink [^____^] Aku menaip lagi tetapi tidak seperti biasanya. Sungguh aku teruja hari ini.Teruja untuk melangkah ke tahun baru bersama kenangan-kenangan yang bakal berlalu bersama tahun 2012.Namun sedih juga untuk meninggalkan tahun 2012.Entah kenapa berdebar-debar untuk melalui tahun baru dan meninggalkan tahun 2012 atau mungkin perasaan berdebar ini membawa sesuatu yang bermakna untukku. *cewahhh*

Terima kasih atas segala kebaikan, kesejahteraan dan segalanya yang berlaku pada tahun 2012.Aku bersyukur.Aww terharu pula.Azam?? semestinya aku masih dgn azam aku yang masih belum tercapai.Semoga di tahun 2013 nanti segala azam aku tercapai. Mungkin aku saja yang masih memegang azam sedangkan orang lain sudah berjaya dalam kehidupan. Sedihhh .. so embarrassing.

Dah dah dah  jangan nak touching sangat ! hodoh muka mu :P ok dah aku taknak taip banyak-banyak.
Btw , selamat tahun baru , have a blast days on 2013. Aku berharap di tahun baru aku akan lebih kuat menempuhi apa sahaja dugaan dalam hidupku.Semoga Tuhan sentiasa ada bersamaku ♥♥♥


________________________________________________________

Tuesday, December 18, 2012

tiada mood berblog

7 comments:

woww I'm impress .. Sudah lama tidak singgah menjenguk blog terchenta ni. Awww rindu dia yg pink .. haha [^____^] 


Tanpa sedar atau tidak , pejam celik pejam celik akhirya sudah hampir tiba ke penghujungnya cerita tahun 2012 .. Tiada ku sangka begitu cepat masa berlalu. Begitu cepat masa berlalu sehingga aku tidak berkesempatan update entri.Masa yang berlalu  dipenuhi dengan rasa cemburu dan kemalasan yang melampau untuk menaip. Ye , aku akui aku sudah malas nak menaip padahal dulu itulah kegemaranku. HAHAHA  :|

Dengan adanya kerajinan menaip aku gagahkan jejari untuk menaip. Cehhh ! [-_____-]
Biarpun tiada motif atau tujuan, cuma terasa kejam pada diri sendiri * betapa malasnya aku * .LOL.
Kiranya ini entri pertama untuk bulan 12 2012 since bulan 11 haritu tak terupdate blog ni. Woww mood ke laut terus untuk berblogging. Ada jugak member yg tercari2 di facebook, fofular jugak aku kan??? [mohon muntah baca ayat yg di bolt tu] Ok takpe , aku terperasan sendiri je :P

 rasanya mood aku untuk menaip ni sudah berkurang. Maka dengan rela hati, dgn bantuan hasutan hati dan minda maka setakat ni je entri untuk kali ni. OKBYE :P

____________________________________________________________


Sunday, November 4, 2012

kiri kanan , aku tersepit

27 comments:
hye uollss , salam 1 M'sia .. haha [^____^]

Saya happy hari ini , saya teruja hari ini menanti kedatangan hari esok. Bukan sebab saya nak exam SPM tapi sebab tidak sabar menunggu dia datang besok. Weheee :D By the way , good luck for all SPM 
candidates .. Semoga semuanya dipermudahkan :)



Sebegitu aku teruja hari ini , kisah malam tadi lebih menerujakan apabila dua orang jejaka tidak mahu
melepaskan diri aku yang begitu berharga ini. Haha LOL :P  Kenapa lelaki2 itu begitu sukar melepaskan aku walhal aku tidak pernah mendampingi lelaki2 itu. Sorang tidak mahu melepaskan , sorang lagi juga tidak mahu melepaskan. Sehingga aku terpaksa melarikan diri , menyorok diri dari lelaki-lelaki itu.
Eeee gerammnya aku, apalah aku boleh dikaitkan dengan lelaki-lelaki itu.

Sorang sebelah kanan , sorang lagi sebelah kiri dan aku pula tersepit ditengah-tengah.Nasib baiklah
lelaki-lelaki itu tidak memaksaku untuk memilih antara mereka berdua. Kalau disuruh membuat pilihan
sekalipun mana mungkin aku memilih sedangkan aku sudah berpunya.


************************************************

Dalam jaman remaja yang penuh serba serbi siok ni kan kita selalu tidak pandai membuat pilihan 
dengan tepat menggunakan otak selebihnya terletak pada perasaan. Dalam soal hati dan perasaan janganlah terlalu tamak untuk memiliki semua lelaki. Cukuplah seorang ...

Ok lah , tu je .. Aku tak pandai sangat nak mengarang ayat power. Macam berbelit2 je apa aku taipkan.
Haha.. Hari tu aku yang kawin paksa tu , actually aku tipu je. kehkehkeh .. Yang aku kena kejar lelaki2 
ni taklah tipu cuma bezanya cerita ni berlaku dalam mimpi. Hahaha .. Actually aku kerap bermimpi
beberapa hari ni. Mimpi pelik-pelik gitu. APAKAH [o_O]

Got to go .. ADIOS
_______________________________________

Wednesday, October 31, 2012

kenapa aku mangsanya ?

17 comments:
hye uollsss :3

Berapa minggu lepas , aku diajak orang yang tak aku kenal pergi ke sebuah hotel. Aku pun tak tahu kuasa apa yang membuatkan aku boleh terikut orang tu sampai hotel. Sampai je kat hotel tu , sudah ada ramai orang pun.Seriously sudah macam tempat orang nak kawen. Cantik dihias sana sini. Terkejut lagi apabila aku tengok parents aku juga ada kat hotel tu. So aku terfikir mungkin ni wedding wa punya saudara. Ok , otak mula berfikir nak makan. :P

Datang pula pasangan suami isteri , chinese look and terus duduk sebelah aku. Mereka senyum dan aku pun senyum , senyum-senyum hairan gitu. Si isteri tu pun cakap ngan wa sambil tunjuk kearah sorang laki Cina .. "Itu bakal suami kamu , sekejap lg kamu dua akan kawen" 
Apa ?? terkejut beruk aku , terkeluar secara automatik makanan dari perut aku berserta usus2 sekalian. Mata aku terus membulat , terserlah lagi kecomelan disitu, hahaha ..

Aku tengok parents aku , mereka seolah-olah merestui perkahwinan itu tanpa persetujuanku , tanpa pengetahuanku. Ohh kenapa buat aku begini ?? Aku tengok lelaki yang bakal bergelar suami kepada aku tersenyum kearahku. Huhh manis juga .. haha. Tiada kata-kata dapat aku luahkan , sepertinya jodohku telah ditentukan. Tapi macam mana kekasihku?? sedihkah dia? Arghhh , maafkan aku. Aku terpaksa ... Mungkin tiada jodoh antara kita.

 
 
Ahh perkahwinan ini tiada nilainya buatku. Usiaku masih terlalu muda. Sampai hati parents aku buat begitu sedangkan mereka tahu aku mencintai yang lain .. Sedihnya :( Bagaimana aku bisa bahagia dengan perkahwinan ini.. Aku tak kenal dia yang bakal menjadi suamiku.

 
 
No ,,, Tidakkk aku takkan kawen dengan kamu. Banyak lagi perempuan chinese yang sejuta kali lebih cantik , seksi , kulit halus , tinggi berbanding aku yang pendek tapi comel ni.  Kenapa aku ? adakah dia juga terpaksa berkahwin denganku.Ohh tidakkk , berantakan semuanya !

Beginikah sudahnya hidup aku ???? Kejammmmnyaa
Perlukaj aku meneruskan perkahwinan ini ?? atau ........


 
 
Biarlah aku terus hanyut di alam mimpi ...

Saturday, October 20, 2012

Adakah salahku ???

11 comments:
hye uollss ... 

"Mel , cubalah ubah sikit sikap tu .. Sampai bila kau nak berperangai macam ni?? Hari-hari kau pegi club tu.Bergaul dengan entah sapa-sapa .." Lembut suara Lisa memujuk sahabatnya itu berharap sahabatnya akan mengubah sikapnya yang terlalu sosial. Perangai Mel yang suka bersosial membuatkan Lisa rasa bertanggungjawab untuk merubah sikapnya. Hanya Mel sahabatnya malah sejak kecil lagi. Jarang sekali mereka bergaduh. Mel juga sering dimarahinya namun tidak pula Mel mengambil hati.Tetapi pagi itu Lisa seperti tiada mood sahaja.

"Kau ni kenapa Lisa? Tak habis-habis nak membebel. Jangan nak ajar aku sangat. Bosan la " Keras suara Mel berkata tanpa memandang wajah Lisa dihadapannya. Dibelakanginya sahabatnya itu. "Aku bukanlah nak sibuk tapi kau tu dah macam adik aku sendiri.Aku taknak apa-apa jadi kat kau Mel ... " Tambah Lisa lagi .. Cuba memujuk Mel agar Mel tahu bahawa dia sangat mengambil berat tentang dirinya. Mel mula marah lalu berkata ... "Aku tak pernah pun ganggu hidup kau. Kau hanya kawan ! Kau takde hak nak halang aku !! " Kata-kata Mel itu membuatkan Lisa terkejut. Tidak pernah Mel marah sehingga meninggi suara kepadanya. Tersayat hati Lisa mendengar kata-kata dari mulut Mel.

"Mel ! Sampai hati Mel cakap macam tu. Sungguhpun aku hanya kawan kau tapi tiada salahnya aku tegur perbuatan kau tu. Baiklah , kalau Mel rasa Lisa ganggu hidup Mel , Lisa minta maaf..Lepas ni Lisa janji akan pergi jauh dari Mel , Lisa takkan ganggu Mel lagi. Tapi percayalah Mel sahabat Lisa selamanya. Lisa sayang Mel .. Lisa pergi dulu." Serentak itu Lisa mengambil bukunya di atas meja taman tempat mereka duduk lalu pergi meninggalkan Mel. Mel hanya membelakangi tanpa menghiraukan pemergian Lisa. Terbit rasa bersalah kepada Lisa kerana telah melukakan hati sahabatnya yang terlalu baik itu.

Thursday, October 18, 2012

letak tajuk post sendiri :-P

17 comments:
hye uollss [^_____^]

Ok la gua taula gua selalu buat entri jiwang2,entri yg xboleh blah,entri yg xbest. Asyik cerita pasal boifren aje.. Tp tu cerita aku,side aku suka hati aku le nak taip apa kan.Tp nevermine sebab sometimes cerita aku tu menipu kamu org semua.Haha padan muka :-P Sometimes cerita aku typo je dan kebanyakkan memang tipuu! Tp aku suka, suka menipu B-)

 Lepas ni aku takmau lagi la cerita pasal kisah rumah tangga aku ni.Takut pulak ada yg bosan nanti.Itu janjiku.. Hahaha. Tp lau aku cerita jugak takde hal,wa punya suka la. Tp gua mmg xmau crita la,bosan jugak.Cukup la kisah 'sweet' dikongsi sendiri.:-P Gua rasa mcm mau bercerpen pula.Boleh kot kan... :-D

Semalam gua mimpi kejar2 sama hantu.Tp hantu tu mcm baik je ngan gua.Memandangkan hantu tu baik gua lepak2 la ngan dia.Cerita2, best juga ceritanya,wa tak rasa seram pun.. Cuma wa was2 jea takut dia minta daraaaah gua.Bhahaaha...

 Sebanarnya kita jgn menilai seseorang dari mukanya yg hodoh.Sebaiknya kita memang perlu menilai seseorg tu dari mukanya yg hodoh tu. Naaaa amik kau :-P Dalam persahabatan rupa,kedudukan dan status bukanlah ukuran.Sebaiknya bersahabatlah dgn hati yg ikhlas. Tiada yg lebih baik melainkan yg baik2 sahaja.Itulah sahabat.Jika persahabatan yg kau ulurkan hargailah persahabatan itu.

ADIOS

____________________________________________________

Wednesday, October 17, 2012

berakhir sudah

13 comments:
hye uolls..

Sedih memang sedih.. Tipu la kalau putus cinta tak sedih.

 ****************
Mulanya aku seakan-akan tidak percaya dgn apa yg berlaku walaupun pd hakikatnya aku tak mampu terima kenyataan bahawa segalanya berpunca dariku sendiri. Dia pergi jua tinggalkan aku terkapai2 ditengah lautan,kelemasan.Hehehe.. Teganya dia tinggalkan aku padahal dia telah berjanji tidak akan meninggalkanku. Itulah manusia tidak pernah berpegang kepada janji.Alasannya dia sudah tidak tahan dgn ku..Mungkin aku bersalah tp bila aku fikir 'ahh kita berdua sama sahaja' Tetapi biarlah aku yg bersalah tp andai kau benar2 cinta tidaklh perlu kau tinggalkan aku.Biarlh,aku tak mau menunding jari pd org lain andai benar aku bersalah.







sungguh aku berasa kecewa.Saban hari aku menangis.Puas aku memujuk tapi hatinya keras,sekeras batu.Tiada lg kasih sayangnya.Aku merasa dia benar sudah berubah padahal baru semalam rasanya aku bermesra dengannya.Betapa hancur hatiku. Tapi aku harus kuat,kuat menghadapi perpisahan ini.Walaupun aku rasa sungguh kehilangan,kosong hidupku tanpa dia.

 Aku bangkit,dan aku mula berdendam pada yg bergelar lelaki.Aku berjanji pada diriku 'akanku hancurkan hati lelaki yg mendampingiku' Itu janjiku.Aku mula mendekati lelaki walaupun aku tidak rela melakukanya.Walaupun hanya melalui hp dan fb saja sudah cukup memuaskan hatiku.Aku seronok pula dgn permainanku hingga sedikit sebanyak aku  tidak memikirkan dia lg.Aku mula melupakan dia.Ya aku semakin melupakan dia.Apatah la aku melihat dia bahagia bersama temannya.Aku cemburu. Dia pula tidak pernah contact aku lg.Nampaknya dia memang sudah tidak menyayangiku lg.
 Aku pula terus dgn rencanaku sehingga aku rasa bosan dalam keadaan itu.

Aku inginkan dia yg terakhir dlm hidupku tp dia pergi jua.Terasa sia2 saja selama ini.Aku bangkit,aku lupakan segalanya.Aku tidak mau mana2 lelaki mendekatiku. Aku harus menerima kenyataan bahawa dia bukan milikku lg. Walaupun rindu sering mengundang hatiku.Saat2 bersama dia tidak bisa aku lupakan sehingga dalam mimpi aku menangis dan realitinya aku benar2 menangis bila aku terjaga dari lenaku.Buat apa aku rindu sedangkan dia tidak merinduiku.

 Sekali lg aku nekad.. Saat kubina tembok kekuatan melupakan dia  mengapa dia datang bertandang.Dia datang lg saat aku mula melupakan dia.Sehingga kami berjumpa sejak sekian lama tidak bersua.Masa itu aku dapat merasakan masih ada rindu antara kami.Sekali lg aku dan dia bersama semula.Tiada salahnya membuka lembaran baru kiranya perpisahan dulu salahku.Biarlh aku betulkan keadaaan itu.Ahhh sesungguhnya aku masih sayang kepadanya.

 

********************************

  Itulah kisah 2 tahun lalu,kali pertama perpisahan berlaku antara kami.Terlalu banyak perpisahan antara aku dan dia.. Cuma aku mengharapkan hubungan ini akan kekal selamanya. Selagi dia tidak membahagi cintanya selagi itu aku menunggunya.Tetapi pasti andai dia membahagi cinta tidak mungkin aku berpaling lg.Aku pasti cintaku mati saat itu juga.Noktah! Rasanya tidak mahu lg mencintai yg lain.Hanya dia..

 

ADIOS
_______________________________________________

Monday, October 15, 2012

tanpa dia aku tak boleh tidur

18 comments:
hye uolls ... [^____^]

Sesungguhnya aku tak boleh tidur tanpa dia .. Sesungguhnya dia penyeri malamku. Sesungguhnya tidak lengkap diri ini tanpa dia disisiku. sesungguhnya susah untuk ku memejamkan mata tanpa dia disisiku. Sungguh dia terlalu istimewa bagiku , menjadi temanku , menjadikan aku begitu selesa menciumnya , menjadikan malam-malamku begitu indah. Tanpa dia mana mungkin lena tidurku .. Dia lah penemanku setiap malam , sungguh luar biasaaaalahh dia tu :P

Sudah berkali aku cuba menjauhkan diri dari dia tapi apakan daya , aku tidak bisa kerana dia begitu berharga. Hahaha .. "bau" nya bisa membuatku bahagia , sungguhlah dia bisa menjinakan mataku yang tak mengantuk boleh jadi terus tergantuk. Hahaha ...Dia tu la bantal bushuk aku :D


 
 
ini google punya bantal bushuk , bukan aku punya. Aku punya takde lalat mcm tu skali still wangi :P
 
Bantal busuk bantal busuk jugak lah , nasib baik tak gian kan.. Takde la aku kendong bantal busuk tu sana sini , just waktu nak tidur je aku perlukan dia. hehehe .. kalau aku tak perlukan dia aku campak je dia. 
 Ingat lagi dulu masa kecik lagi , gaduh ngan adik pasal berebut remote TV nak tengok cerita fav masing-masing , adik aku tak mau kalah dia marah ngan aku tiba-tiba dia amik bantal busuk aku dia tonyoh-tonyoh kat TAIK CICAK .. oh my gucci kau ade???? hahaha tak guna punya adik. LOL .. Tapi aku buat endah tak endah je .... bantal tetap bantal , sayang tetap sayang la kan .. Bantal busuk tu hingga sekarang pun aku cium2 lagi. Mula2 tu agak keberatan sikit nak cium lepas kena "cuci" ngan taik cicak tp bahagian yang ditonyoh 'wangi taik cicak' tu aku abaikan. Hahaha ... bantal busuk oh bantal busuk kuat sungguh kuasamu. Kehkehkeh [>____<]

 
 
 Aku tahu bukan aku je ada bantal busuk ni .. Alaaa ngaku je la , tak payah nak malu-malu. 
Nak malu watpe :P sampai bila nak melekat ngan bantal busuk ni kan ? Sesungguhnya bantal busuk itu nyawaku. hahaha .. Tiada yang pelik melainkan sudah begitu belaka. hohoho belasah je :P

ADIOS
___________________________________________________

Sunday, October 14, 2012

malu *blushing*

15 comments:
hye uolls .. [n____n]

Alamak aduiii adehhh alaaa .. erkkk ape ni ? entah la aku pun xtaw apa nak taip daa. Hmmm .. !
Dalam kita berkawan / bercinta kita tak sedar apa yang kita buat .. Dalam sedar tak sedar atau memang sesuatu tu memang kita sengajakan. Maksud aku kata-kata atau perbuatan kita tanpa kita sedar telah memalukan kita sendiri. Contoh macam kita kacau kawan kita last-last sendiri pula yang kena kacau. Ok tu takpe la kan , masih biasa-biasa lagi. Tapi kalau sesuatu yang memang memalukan tu adeiii mana mau letak muka , rasa xnak tengok muka orang tu lagi. ekekeke .. ~

Macam aku cakap tadi dalam kita berkawan / bercinta kita tak sedar apa yang kita buat. Mungkin sebab tu la sekarang ni banyak kes remaja sanggup buang bayi kan. Tu la kan sebab takde batas dalam pergaulan hinggakan terlanjur hingga diri sendiri suda tak sedar lagi. Lepas buat baru tahu nak rasa malu .. Macam aku jugak la ehhh tp jangan terkuning otak kamu fikir yang bukan-bukan. Maksud aku dalam tak sedar perbuatan aku memalukan diri sendiri. Apa-apa aje la perbuatan tu , mcm tengah korek hidung.. Alamak abang sayang nampak , tp nak tak nak dah terlanjur dia nampak aku korek hidung teruskan je la ... walaupun malu bergunung-gunung. HAHAHA .. kalau malu yang positif tu takpe la tapi kalau malu yang negatif tu yang xberapa nak best kan :D



jangankan kita manusia , monkey ni pun pandai malu. LOLsss :P

Banyak jea hal-hal yang telah kita buat memalukan diri sendiri. Hinggakan nak pegi keluar ngan kawan pun was-was sebab takut nanti terserempak ngan org yang "memalukan"



terpaksa la hide muka lawa , tak pun buat muka selamba / xkenal .. HAHA~

Tapi kebanyakkan sekarang ni orang yang rasa malu tak nak dah cakap ngan orang lain , asyik meenyorok je .. gara-gara perbuatan sendiri. Menyesal la tu .. hehehe



malu bukan bermakna tak nak cakap ngan orang tu cuma perlu masa menyesuaikan diri jea kan :D

Cuma 1 jea aku nak bagitau ni .. penting sangat ! Bila makan plzz la jangan malu-malu. Sebab bila malu perut pun susah nak terima makanan. Asyik control ayu aje .. kuikuikui :P
tapi bagi mereka yang gelojoh makan tu , malu memang perlu. Nanti tak pasal-pasal habis makanan dia makan .. hahaha.

Actually aku buat entri malu ni sebab aku masih dalam mood malu .. Adeiii maluuu,xsedar perbuatan ku sendiri .. Heyy kamu , simpan rahsia ku, rahsia kita berdua sahaja .. Serious aku memang lupa / xsedar ok , tambah-tambah lagi aku yang comel ni memang pemalu. Lalalala :P



Aku nak lari , nak sorok muka aku .. okbye !

ADIOS

____________________________________________________

picture by google

Monday, October 8, 2012

mereng ... ?

20 comments:
hye uolls ...[ ^_____^ ]

sudah seminggu x update blog rasanya .. since keje ni malas nak mrngupdate. Yang ni entri kedua sejak bulan october ... Ni pun sesaja nak menaip , melepaskan rindu pada blog "comel" aku ni :P

Alang-alang dah menaip nak cerita sikit kisah kat opis tadi .. Ada la pasangan ni tadi datang opis bincang tentang pinjaman wang mereka .. Gua punya boss ni memang friendly sikit la .. tp ngan "client" je ..  weew client la sangat .. Dengan gua huhhh tak penah dia tegur melainkan boss perlu khidmat gua aje .. Apakah boss tu ??? Tapi gua tak kisah lantak boss la .. Just back to the topic , tadi masa tengah settlekan pinjaman mereka tu tadi , aku dengar boss aku cakap "pastikan kamu betol mau pinjam ni , nanti jangan "MERENG" suda la .. " boss cakap camtu ngan orang tu .. "Mereng" tu ape? ok actually boss aku ni dari sabah .. boss cakap pun ada sabah-sabah sikit la .. "client" tu tadi yang banyak cakap terus nampak blur dengar boss cakap "mereng" aku senyum2 je .. Mungkin orang tu tak paham kot maksud mereng tu. Mereng tu bahasa sabah kot .. Aku pun tak pasti .. hehehhe :D
 
mungkin mereng banyak maksud kot .. so aku terus carik at google .. google bagi aku "mereng" ni
 

memang mereng la kalau tengok ni .. hehe.

Ini lagi aku dapat kat google .. "fakta-fakta-kelakar-yang-boleh-buat-anda-mereng"

"Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia."
" Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk."

mungkin mereng tu "gila-gila" kot ... hehehe.

ok bye
ADIOS
____________________________________________________________

Monday, October 1, 2012

aku tinggalkan dia tanpa rela

22 comments:
hye uollss and hye october :)

1 october bersamaan hari Isnin , hari ini aku memulakan hari baru dengan menghabiskan masa berjam-jam atas kerusi tunggu orang pinang aku pinjam wang kat tempat aku .. kiranya aku ni Ahlong ehh salah ... easy loan sebenarnya :D Bukan ceti bukan juga satay .. ehh pelik je? hummm .. menaip entri ni mcm nak tak nak je , malas plus mata mengantuk plus bb slow macam siput plus , ehh berapa banyak plus daaaa [-___-]
First day aku rasa excited nak turun keja tak sangka pulak bosan menemaniku sepanjang hari tadi. Ishh memang bosan la .. mungkin lepas ni xtvt blogwalking terganggu sikit~

Ohh ya apa suda jadik ngan post title tu ? Itu la semalam lepas candle light dinner with love bukan main seronok lagi kan siap propose lagi. Hahaha sukanya aku bila ada yang terkena :P okok back to the topic , semalam aku tekad , tekad untuk meruntuhkan tembok China tinggalkan dia. Aku tekad walaupun tanpa rela hati .. Ye ! tekad dari luar semata-mata tetapi dalam hati hanya Tuhan saja tahu bahawasanya aku memang tak tekad langsung. Cehhh macam nak bersumpah suda ! Mulanya aku diamkan saja rasa hati tapi menjadi-jadi pula kamu tu .. kejam !


 
 
The problem is kita sama tak nak each other buat sesuatu yang we know akan menyakitkan hati but stillll .... we did the same mistake ! So I think kita kena lupakan tu semua. I meant kita buat benda yang kita suka,tanpa halangan. You buat apa you suka and me too ! so adil kan ?? :) Aku tak salahkan sesapa. What the hell kita nak marah padahal last-last pun buat benda sama jugak. so u buat la apa u suka ... ikhlas ok !!!

sapa lah kita untuk menghalang  .. andai kau bahagia begitu bersama mereka , teruskan sahaja. 

sayang seribu kali sayang .
"ungkapan sayang dan rindu itu hanya akan hadir bila dua hati mula saling suka
tapi kenapa ungkapan itu mudah sahaja dilafaskan."

 segalanya hanya untuk kamu tapi sayang segalamu bukan untukku




ini bukan TYPO .. lalala :P
ADIOS

disappointed , Michelle
______________________________

Sunday, September 30, 2012

candle light dinner with love~~

27 comments:
hye uollsss ... d[n___n]b  
Yeah esok dah bulan oktober .. Sedar tak sedar dah masok bulan oktober kan. Tak sabar nak habiskan tahun nie .. Esok genap 3 years 4 months and 3 days we has been together

Tengok title post aku tu .. sound like so suwettt kan .. peww sweet la sangat. Malam ni dinner agak special sikit la .. Jom aku nak cerita kisah candle light dinner aku ngan bf aku ni. hahaha .. :P
Malam ni aku rasa aku cewek paling ohsem dan beruntung sekali dapat kuar dinner ngan bf. Candle light dinner lagi tu. Hewhewhew .. sungguh aku tak rancang semua ni :)

Tadi masa aku tengah shiokk tengok TV hitam putih kan tetiba aku dengar ada bunyik hon kereta dari luar  rumah so aku cepat2 p usha takut-takut ada apa-ape kan.. just wondering ba , biasakan zaman sekarang macam-macam, Ekekeke :P A bit surprise bila aku tengok jejaka idaman kalbu hatiku [melampaunye bunyik] yang hensem lagi macho lagi bergaya kat luar.. Cehhhh ! Aku pegi dekat dia then we talk talk talk and dia bagitahu asal usul dia datang rumah aku .. so lepas aku tahu dia nak ajak kuar for dinner aku suka lah. Hahahaha ..

Gambar menyelit , hiasan semata-mata. :P
 Rezeki jangan ditolak maka aku on je lah .. So surprise kan Bf datang rumah ajak dinner? romantik tak ? romantik takkkk? Hahaha .. Bf ajak makan candle kat restoran mewah lagi tu , biasa la kan candle light dinner .. Adeka? hahaha  ..
 ********************************************

 Masa tengah duduk tu kan , aku baru nak makan.... tetiba Bf aku ni pegang aku punya jari-jari. "Ehh nape pegang2 ni , aku nak makan la .." [minah rock aku , kau je,hahaha] Tetiba tu tadi kan Bf tunjuk sesuatu kat aku ... Aku shock , mata terus membulat sebesar buah rambutan [O__o] Bf tunjuk cincin kat aku , cantiknye ... "honey , would u marry me?"  Dan lagi mata aku membulat sebesar buah nangka. Oh my gucci .. I didn't expect he can do this .. Takk , aku tak pecaya ! kedua kalinya bf aku tanya lagi .


. "would u marry me honey?" suasana sepi ......... then aku teragak2 lalu bersuara "betol ka ni? yesss I do !" aku jawab camtu. Ceh cakap omputeh kan,, hahaha. Aku tak pecaya dalam usia camni Bf dah propose aku , kawin muda la camni .. takpe aku suka. hahaha gatalnye nak kawen.

 Macam ni la ala-ala .. hahaha ..

si Bf pun sarungkan cincin dijari manisku ..Ececehh [Aww I'm so blushingg]


Aku tersenyum malu2 tapi mahu .. Rasa sungguh bahagia , aku suda rasa diawang-awangan. Hahaha ..

Lepas tu kami continue makan .. Aku dah tak rasa lapar dah. Dalam hati dah tak sabar nak bagitahu family. HAhaha .. Tapi aku makan jugak la makanan sampai habis , gelojohnye aku makan padahal tak rasa lapar. Hahaha .. Lepas makan tu kami dua jalan-jalan pulak makan angin , suda makan candle makan angin pulak. hehehe .. Romantiknye malam ni .. hemmm :P

Masa tengah jalan-jalan tu kan .. tetiba aku tersepak seketul batu .. Alamak malangnya terkena dahi mamat sorang ni pulak. Spontan je aku terus gelakkkk ... HAHAHAHA. Mamat tu marah la kan terus dia kejar aku ngan bf aku. Terjadilah aksi kejar-mengejar kat situ .. Garangnya muka mamat ni buat aku seram sejuk tapi dalam hati rasa kelakar. tapi kan .. tunggu jap .... cettttt rupa-rupanya aku berangan-angan je  
Cisss tak guna , memang berangan-angan. Alahai tak jadi la aku nak kawen ni... Fewww jauhnya angan-anganku ...Musnahlah angan-angan ciptaanku sendiri. Semoga angan-anganku menjadi kenyataan hehehhe . tertipu tak uollss ?  

 
THAT IS JUST A TYPO  ,, heheehe

The true story camni la ...
Actually malam ni tadi masa nak bukak lampu kat bilik dapur , tetiba lampu tak nak pulak. Repair pun tak bole jadik. Mungkin ada cicak mati bertelur dalam perumah lampu kot.. haha. So kami pun makan bercahayakan candle je lah malam ni tadi .. Candle light dinner lettew kan :P Rasa macam romantik pulak makan bercahayakan candle ngan family.hehhehe ..  Dan itulah kisah sebenar-benarnya. hehe :)



that"s all , till now
ADIOS


gambar dari Mr.Gugle~
_______________________________

Friday, September 28, 2012

kentut pun sedap ??

15 comments:
hye uollsss .. [^____^]
cheersss .. hehehe ...

tengok post title tu Macam aneh je hahaha .. okok actually tajuk tu nak kasi hot sikit .. 
Eww hot la sangat [sorry bunyik gedik sikit, lalala] Tadi aku terbaca kat buku tentang kentut ni ..
So I just wanna share  
"KENTUT PUN ADA MANFAAT"

melalui kajian kentut boleh dimanfaatkan dalam pengubatan tekanan darah tinggi iaitu hipertensi. Keadaan kembung perut boleh membantu pesakit yang menderita
tekanan daranh tinggi. Itu kerana hidrogen sulfida atau gas beracun yang dihasilkan oleh bakteria
yang hidup dalam usus manusia terbukti mampu mengawal tekanan darah pada tikus comel 

Tikus yang memiliki kadar gas dalam tubuh yang lebih tinggi memiliki tekanan darah lebih rendah
daripada tikus dengan gas dalam tubuh lebih sedikit. Pengkaji Boffins di Johns Hopkins University,
di Baltimore , Marylanda, AS, mendapati hidrogen sulfida pada flatus yang kita kenal dengan istilah
kentut juga dihasilkan oleh enzim dalam pembuluh darah.Gas tersebut melemaskan enzim
pembuluh darah hingga menurunkan tekanan darah.
  BROOOOTTTTTTT .....
 
 Pengkaji university di China cuba mengetahui apakah perkara tersebut boleh digunakan untuk
membuat rawatan efektif bagi penderita tekanan darah tinggi. Profesor Yao Yuyu dari
Hospital Zhongda mengatakan "potensi pengubatan menggunakan gas untuk merawat tekanan
darah tinggi masih harus diuji pada manusia . 

******************************************

Maka kentut la kamu wahai penghidap penyakit tekanan darah tinggi .. hehe.
Tapi sumpah aku paling tak suka bau kentut orang lain , bau kentut aku sendiri aku suka. Hahaha [:P]
Apa-apapun kesihatan kena jaga .. Kentut tu sihat jugak bahh [=D]

ok japppppp ...


 
oppss sory terlepas pulaksss 


Till now , Bubbye ..
ADIOS
_________________________________________

SEGMEN E'RAZ FADLI : BLOGWALKING

12 comments:
hye uollsss 
gua nak join segmen ni ...

meh join segmen sesama ..

http://2.bp.blogspot.com/-UcmU20W1_Sk/T3pjvSKaA6I/AAAAAAAAAZk/XuaoGTRWRK8/s1600/BlogWalking+Eraz+Fadli.jpg 
 
klik je kat banner untuk join ..
 
segmen tamat pada 1 oktober 2012 jam 8 pagi ..
 
ok Im done .. how about you? lets join together2.. hihi [^____^] 
simple je kan ..
___________________________________________________________
 
 

Thursday, September 27, 2012

Disetiap Perhentianku

13 comments:
hye uollsss ..

Tanpa aku sedar sudah 8 bulan aku pergi merantau ke seluruh dunia Malaysia .
Untungnya aku , seluruh Malaysia aku jejak .. Cantik negeri orang , indahnya lagi berbudi bahasa .
Di setiap perhentianku itu , aku cuba mencari kawan .. Bukan sahaja kawan tetapi sahabat. 
Disitu aku terjumpa sahabatku .. Aku gembira kerana mereka sudi menjalin hubungan persahabatan
denganku.  Di pertemuan pertama aku titipkan salam , aku tinggalkan pesan berharap sahabatku
membalas huluran persahabatanku. Dan mereka menerimaku  

Disetiap perhentianku itu aku melihat pelbagai jenis corak , dan aneka warna .. Cantik dan timbul
pula niat cemburu dihati. Kreatifnya sahabat membuat perhiasan ..  
Disetiap perhentian itu aku menjalin persahabatan dan aku mengharap persahabatan itu kekal selamanya
walaupun tidak pernah bersua , namun aku pasti sahabatku baik-baik belaka. 

Disetiap perhentian itu juga aku ingin menghulur salam tanda kemaafan sekiranya perhentianku itu
tidak disenangi sahabat-sahabat sekalian. Aku hanyalah insan biasa yang kerap melakukan
kesilapan. Aku tahu bahasaku agak kurang menyenangkan tetapi sumpah aku akan selalu berkelakuan 
begitu   Maaf juga kiranya perhentianku terpancit    dipertengahan jalan ,tidak kira dimana tempatnya.. Mungkin bila mood aku kelaut , masalah kemalasan yang entah bila akan berhenti , masalah laptop , mungkin juga broadband yang suka mencari nahas denganku 

Banyak perhentianku , banyak juga ragam sahabatku ,, ada yang gila-gila , ada yang terkentut sana sini
dan tidak kurang pula ada yang merapu .. Tetapi itulah yang membuatku semakin seronok bersahabat.
Aku tidak pernah menyesal selama perhentianku itu malah aku gembira dapat berkenalan bertemu sahabat baru ..    Aku bukanlah sahabat yang baik untuk kamu tetapi akulah sahabat yang
akan selalu mengingatimu

Itulah pengembaraan ku disetiap perhentianku , disetiap blog kamu wahai sahabat alam maya  
Semoga persahabatan akan terjalin antara kita , selamanya ...  



 


Terima kasih kerana sudi berkawan dan bersahabat denganku. Bersahabatlah selamanya ..

SEKIAN , ikhlas dari aku ..



kredit to Ainaa for the cute icon =)
_______________________________________
Copyright© Design by Michelle MarshmallOw 2014 ツ