Wednesday, October 31, 2012

kenapa aku mangsanya ?

17 comments:
hye uollsss :3

Berapa minggu lepas , aku diajak orang yang tak aku kenal pergi ke sebuah hotel. Aku pun tak tahu kuasa apa yang membuatkan aku boleh terikut orang tu sampai hotel. Sampai je kat hotel tu , sudah ada ramai orang pun.Seriously sudah macam tempat orang nak kawen. Cantik dihias sana sini. Terkejut lagi apabila aku tengok parents aku juga ada kat hotel tu. So aku terfikir mungkin ni wedding wa punya saudara. Ok , otak mula berfikir nak makan. :P

Datang pula pasangan suami isteri , chinese look and terus duduk sebelah aku. Mereka senyum dan aku pun senyum , senyum-senyum hairan gitu. Si isteri tu pun cakap ngan wa sambil tunjuk kearah sorang laki Cina .. "Itu bakal suami kamu , sekejap lg kamu dua akan kawen" 
Apa ?? terkejut beruk aku , terkeluar secara automatik makanan dari perut aku berserta usus2 sekalian. Mata aku terus membulat , terserlah lagi kecomelan disitu, hahaha ..

Aku tengok parents aku , mereka seolah-olah merestui perkahwinan itu tanpa persetujuanku , tanpa pengetahuanku. Ohh kenapa buat aku begini ?? Aku tengok lelaki yang bakal bergelar suami kepada aku tersenyum kearahku. Huhh manis juga .. haha. Tiada kata-kata dapat aku luahkan , sepertinya jodohku telah ditentukan. Tapi macam mana kekasihku?? sedihkah dia? Arghhh , maafkan aku. Aku terpaksa ... Mungkin tiada jodoh antara kita.

 
 
Ahh perkahwinan ini tiada nilainya buatku. Usiaku masih terlalu muda. Sampai hati parents aku buat begitu sedangkan mereka tahu aku mencintai yang lain .. Sedihnya :( Bagaimana aku bisa bahagia dengan perkahwinan ini.. Aku tak kenal dia yang bakal menjadi suamiku.

 
 
No ,,, Tidakkk aku takkan kawen dengan kamu. Banyak lagi perempuan chinese yang sejuta kali lebih cantik , seksi , kulit halus , tinggi berbanding aku yang pendek tapi comel ni.  Kenapa aku ? adakah dia juga terpaksa berkahwin denganku.Ohh tidakkk , berantakan semuanya !

Beginikah sudahnya hidup aku ???? Kejammmmnyaa
Perlukaj aku meneruskan perkahwinan ini ?? atau ........


 
 
Biarlah aku terus hanyut di alam mimpi ...

Saturday, October 20, 2012

Adakah salahku ???

11 comments:
hye uollss ... 

"Mel , cubalah ubah sikit sikap tu .. Sampai bila kau nak berperangai macam ni?? Hari-hari kau pegi club tu.Bergaul dengan entah sapa-sapa .." Lembut suara Lisa memujuk sahabatnya itu berharap sahabatnya akan mengubah sikapnya yang terlalu sosial. Perangai Mel yang suka bersosial membuatkan Lisa rasa bertanggungjawab untuk merubah sikapnya. Hanya Mel sahabatnya malah sejak kecil lagi. Jarang sekali mereka bergaduh. Mel juga sering dimarahinya namun tidak pula Mel mengambil hati.Tetapi pagi itu Lisa seperti tiada mood sahaja.

"Kau ni kenapa Lisa? Tak habis-habis nak membebel. Jangan nak ajar aku sangat. Bosan la " Keras suara Mel berkata tanpa memandang wajah Lisa dihadapannya. Dibelakanginya sahabatnya itu. "Aku bukanlah nak sibuk tapi kau tu dah macam adik aku sendiri.Aku taknak apa-apa jadi kat kau Mel ... " Tambah Lisa lagi .. Cuba memujuk Mel agar Mel tahu bahawa dia sangat mengambil berat tentang dirinya. Mel mula marah lalu berkata ... "Aku tak pernah pun ganggu hidup kau. Kau hanya kawan ! Kau takde hak nak halang aku !! " Kata-kata Mel itu membuatkan Lisa terkejut. Tidak pernah Mel marah sehingga meninggi suara kepadanya. Tersayat hati Lisa mendengar kata-kata dari mulut Mel.

"Mel ! Sampai hati Mel cakap macam tu. Sungguhpun aku hanya kawan kau tapi tiada salahnya aku tegur perbuatan kau tu. Baiklah , kalau Mel rasa Lisa ganggu hidup Mel , Lisa minta maaf..Lepas ni Lisa janji akan pergi jauh dari Mel , Lisa takkan ganggu Mel lagi. Tapi percayalah Mel sahabat Lisa selamanya. Lisa sayang Mel .. Lisa pergi dulu." Serentak itu Lisa mengambil bukunya di atas meja taman tempat mereka duduk lalu pergi meninggalkan Mel. Mel hanya membelakangi tanpa menghiraukan pemergian Lisa. Terbit rasa bersalah kepada Lisa kerana telah melukakan hati sahabatnya yang terlalu baik itu.

Thursday, October 18, 2012

letak tajuk post sendiri :-P

16 comments:
hye uollss [^_____^]

Ok la gua taula gua selalu buat entri jiwang2,entri yg xboleh blah,entri yg xbest. Asyik cerita pasal boifren aje.. Tp tu cerita aku,side aku suka hati aku le nak taip apa kan.Tp nevermine sebab sometimes cerita aku tu menipu kamu org semua.Haha padan muka :-P Sometimes cerita aku typo je dan kebanyakkan memang tipuu! Tp aku suka, suka menipu B-)

 Lepas ni aku takmau lagi la cerita pasal kisah rumah tangga aku ni.Takut pulak ada yg bosan nanti.Itu janjiku.. Hahaha. Tp lau aku cerita jugak takde hal,wa punya suka la. Tp gua mmg xmau crita la,bosan jugak.Cukup la kisah 'sweet' dikongsi sendiri.:-P Gua rasa mcm mau bercerpen pula.Boleh kot kan... :-D

Semalam gua mimpi kejar2 sama hantu.Tp hantu tu mcm baik je ngan gua.Memandangkan hantu tu baik gua lepak2 la ngan dia.Cerita2, best juga ceritanya,wa tak rasa seram pun.. Cuma wa was2 jea takut dia minta daraaaah gua.Bhahaaha...

 Sebanarnya kita jgn menilai seseorang dari mukanya yg hodoh.Sebaiknya kita memang perlu menilai seseorg tu dari mukanya yg hodoh tu. Naaaa amik kau :-P Dalam persahabatan rupa,kedudukan dan status bukanlah ukuran.Sebaiknya bersahabatlah dgn hati yg ikhlas. Tiada yg lebih baik melainkan yg baik2 sahaja.Itulah sahabat.Jika persahabatan yg kau ulurkan hargailah persahabatan itu.

ADIOS

____________________________________________________

Wednesday, October 17, 2012

berakhir sudah

12 comments:
hye uolls..

Sedih memang sedih.. Tipu la kalau putus cinta tak sedih.

 ****************
Mulanya aku seakan-akan tidak percaya dgn apa yg berlaku walaupun pd hakikatnya aku tak mampu terima kenyataan bahawa segalanya berpunca dariku sendiri. Dia pergi jua tinggalkan aku terkapai2 ditengah lautan,kelemasan.Hehehe.. Teganya dia tinggalkan aku padahal dia telah berjanji tidak akan meninggalkanku. Itulah manusia tidak pernah berpegang kepada janji.Alasannya dia sudah tidak tahan dgn ku..Mungkin aku bersalah tp bila aku fikir 'ahh kita berdua sama sahaja' Tetapi biarlah aku yg bersalah tp andai kau benar2 cinta tidaklh perlu kau tinggalkan aku.Biarlh,aku tak mau menunding jari pd org lain andai benar aku bersalah.







sungguh aku berasa kecewa.Saban hari aku menangis.Puas aku memujuk tapi hatinya keras,sekeras batu.Tiada lg kasih sayangnya.Aku merasa dia benar sudah berubah padahal baru semalam rasanya aku bermesra dengannya.Betapa hancur hatiku. Tapi aku harus kuat,kuat menghadapi perpisahan ini.Walaupun aku rasa sungguh kehilangan,kosong hidupku tanpa dia.

 Aku bangkit,dan aku mula berdendam pada yg bergelar lelaki.Aku berjanji pada diriku 'akanku hancurkan hati lelaki yg mendampingiku' Itu janjiku.Aku mula mendekati lelaki walaupun aku tidak rela melakukanya.Walaupun hanya melalui hp dan fb saja sudah cukup memuaskan hatiku.Aku seronok pula dgn permainanku hingga sedikit sebanyak aku  tidak memikirkan dia lg.Aku mula melupakan dia.Ya aku semakin melupakan dia.Apatah la aku melihat dia bahagia bersama temannya.Aku cemburu. Dia pula tidak pernah contact aku lg.Nampaknya dia memang sudah tidak menyayangiku lg.
 Aku pula terus dgn rencanaku sehingga aku rasa bosan dalam keadaan itu.

Aku inginkan dia yg terakhir dlm hidupku tp dia pergi jua.Terasa sia2 saja selama ini.Aku bangkit,aku lupakan segalanya.Aku tidak mau mana2 lelaki mendekatiku. Aku harus menerima kenyataan bahawa dia bukan milikku lg. Walaupun rindu sering mengundang hatiku.Saat2 bersama dia tidak bisa aku lupakan sehingga dalam mimpi aku menangis dan realitinya aku benar2 menangis bila aku terjaga dari lenaku.Buat apa aku rindu sedangkan dia tidak merinduiku.

 Sekali lg aku nekad.. Saat kubina tembok kekuatan melupakan dia  mengapa dia datang bertandang.Dia datang lg saat aku mula melupakan dia.Sehingga kami berjumpa sejak sekian lama tidak bersua.Masa itu aku dapat merasakan masih ada rindu antara kami.Sekali lg aku dan dia bersama semula.Tiada salahnya membuka lembaran baru kiranya perpisahan dulu salahku.Biarlh aku betulkan keadaaan itu.Ahhh sesungguhnya aku masih sayang kepadanya.

 

********************************

  Itulah kisah 2 tahun lalu,kali pertama perpisahan berlaku antara kami.Terlalu banyak perpisahan antara aku dan dia.. Cuma aku mengharapkan hubungan ini akan kekal selamanya. Selagi dia tidak membahagi cintanya selagi itu aku menunggunya.Tetapi pasti andai dia membahagi cinta tidak mungkin aku berpaling lg.Aku pasti cintaku mati saat itu juga.Noktah! Rasanya tidak mahu lg mencintai yg lain.Hanya dia..

 

ADIOS
_______________________________________________

Monday, October 15, 2012

tanpa dia aku tak boleh tidur

18 comments:
hye uolls ... [^____^]

Sesungguhnya aku tak boleh tidur tanpa dia .. Sesungguhnya dia penyeri malamku. Sesungguhnya tidak lengkap diri ini tanpa dia disisiku. sesungguhnya susah untuk ku memejamkan mata tanpa dia disisiku. Sungguh dia terlalu istimewa bagiku , menjadi temanku , menjadikan aku begitu selesa menciumnya , menjadikan malam-malamku begitu indah. Tanpa dia mana mungkin lena tidurku .. Dia lah penemanku setiap malam , sungguh luar biasaaaalahh dia tu :P

Sudah berkali aku cuba menjauhkan diri dari dia tapi apakan daya , aku tidak bisa kerana dia begitu berharga. Hahaha .. "bau" nya bisa membuatku bahagia , sungguhlah dia bisa menjinakan mataku yang tak mengantuk boleh jadi terus tergantuk. Hahaha ...Dia tu la bantal bushuk aku :D


 
 
ini google punya bantal bushuk , bukan aku punya. Aku punya takde lalat mcm tu skali still wangi :P
 
Bantal busuk bantal busuk jugak lah , nasib baik tak gian kan.. Takde la aku kendong bantal busuk tu sana sini , just waktu nak tidur je aku perlukan dia. hehehe .. kalau aku tak perlukan dia aku campak je dia. 
 Ingat lagi dulu masa kecik lagi , gaduh ngan adik pasal berebut remote TV nak tengok cerita fav masing-masing , adik aku tak mau kalah dia marah ngan aku tiba-tiba dia amik bantal busuk aku dia tonyoh-tonyoh kat TAIK CICAK .. oh my gucci kau ade???? hahaha tak guna punya adik. LOL .. Tapi aku buat endah tak endah je .... bantal tetap bantal , sayang tetap sayang la kan .. Bantal busuk tu hingga sekarang pun aku cium2 lagi. Mula2 tu agak keberatan sikit nak cium lepas kena "cuci" ngan taik cicak tp bahagian yang ditonyoh 'wangi taik cicak' tu aku abaikan. Hahaha ... bantal busuk oh bantal busuk kuat sungguh kuasamu. Kehkehkeh [>____<]

 
 
 Aku tahu bukan aku je ada bantal busuk ni .. Alaaa ngaku je la , tak payah nak malu-malu. 
Nak malu watpe :P sampai bila nak melekat ngan bantal busuk ni kan ? Sesungguhnya bantal busuk itu nyawaku. hahaha .. Tiada yang pelik melainkan sudah begitu belaka. hohoho belasah je :P

ADIOS
___________________________________________________

Sunday, October 14, 2012

malu *blushing*

15 comments:
hye uolls .. [n____n]

Alamak aduiii adehhh alaaa .. erkkk ape ni ? entah la aku pun xtaw apa nak taip daa. Hmmm .. !
Dalam kita berkawan / bercinta kita tak sedar apa yang kita buat .. Dalam sedar tak sedar atau memang sesuatu tu memang kita sengajakan. Maksud aku kata-kata atau perbuatan kita tanpa kita sedar telah memalukan kita sendiri. Contoh macam kita kacau kawan kita last-last sendiri pula yang kena kacau. Ok tu takpe la kan , masih biasa-biasa lagi. Tapi kalau sesuatu yang memang memalukan tu adeiii mana mau letak muka , rasa xnak tengok muka orang tu lagi. ekekeke .. ~

Macam aku cakap tadi dalam kita berkawan / bercinta kita tak sedar apa yang kita buat. Mungkin sebab tu la sekarang ni banyak kes remaja sanggup buang bayi kan. Tu la kan sebab takde batas dalam pergaulan hinggakan terlanjur hingga diri sendiri suda tak sedar lagi. Lepas buat baru tahu nak rasa malu .. Macam aku jugak la ehhh tp jangan terkuning otak kamu fikir yang bukan-bukan. Maksud aku dalam tak sedar perbuatan aku memalukan diri sendiri. Apa-apa aje la perbuatan tu , mcm tengah korek hidung.. Alamak abang sayang nampak , tp nak tak nak dah terlanjur dia nampak aku korek hidung teruskan je la ... walaupun malu bergunung-gunung. HAHAHA .. kalau malu yang positif tu takpe la tapi kalau malu yang negatif tu yang xberapa nak best kan :D



jangankan kita manusia , monkey ni pun pandai malu. LOLsss :P

Banyak jea hal-hal yang telah kita buat memalukan diri sendiri. Hinggakan nak pegi keluar ngan kawan pun was-was sebab takut nanti terserempak ngan org yang "memalukan"



terpaksa la hide muka lawa , tak pun buat muka selamba / xkenal .. HAHA~

Tapi kebanyakkan sekarang ni orang yang rasa malu tak nak dah cakap ngan orang lain , asyik meenyorok je .. gara-gara perbuatan sendiri. Menyesal la tu .. hehehe



malu bukan bermakna tak nak cakap ngan orang tu cuma perlu masa menyesuaikan diri jea kan :D

Cuma 1 jea aku nak bagitau ni .. penting sangat ! Bila makan plzz la jangan malu-malu. Sebab bila malu perut pun susah nak terima makanan. Asyik control ayu aje .. kuikuikui :P
tapi bagi mereka yang gelojoh makan tu , malu memang perlu. Nanti tak pasal-pasal habis makanan dia makan .. hahaha.

Actually aku buat entri malu ni sebab aku masih dalam mood malu .. Adeiii maluuu,xsedar perbuatan ku sendiri .. Heyy kamu , simpan rahsia ku, rahsia kita berdua sahaja .. Serious aku memang lupa / xsedar ok , tambah-tambah lagi aku yang comel ni memang pemalu. Lalalala :P



Aku nak lari , nak sorok muka aku .. okbye !

ADIOS

____________________________________________________

picture by google

Monday, October 8, 2012

mereng ... ?

20 comments:
hye uolls ...[ ^_____^ ]

sudah seminggu x update blog rasanya .. since keje ni malas nak mrngupdate. Yang ni entri kedua sejak bulan october ... Ni pun sesaja nak menaip , melepaskan rindu pada blog "comel" aku ni :P

Alang-alang dah menaip nak cerita sikit kisah kat opis tadi .. Ada la pasangan ni tadi datang opis bincang tentang pinjaman wang mereka .. Gua punya boss ni memang friendly sikit la .. tp ngan "client" je ..  weew client la sangat .. Dengan gua huhhh tak penah dia tegur melainkan boss perlu khidmat gua aje .. Apakah boss tu ??? Tapi gua tak kisah lantak boss la .. Just back to the topic , tadi masa tengah settlekan pinjaman mereka tu tadi , aku dengar boss aku cakap "pastikan kamu betol mau pinjam ni , nanti jangan "MERENG" suda la .. " boss cakap camtu ngan orang tu .. "Mereng" tu ape? ok actually boss aku ni dari sabah .. boss cakap pun ada sabah-sabah sikit la .. "client" tu tadi yang banyak cakap terus nampak blur dengar boss cakap "mereng" aku senyum2 je .. Mungkin orang tu tak paham kot maksud mereng tu. Mereng tu bahasa sabah kot .. Aku pun tak pasti .. hehehhe :D
 
mungkin mereng banyak maksud kot .. so aku terus carik at google .. google bagi aku "mereng" ni
 

memang mereng la kalau tengok ni .. hehe.

Ini lagi aku dapat kat google .. "fakta-fakta-kelakar-yang-boleh-buat-anda-mereng"

"Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia."
" Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk."

mungkin mereng tu "gila-gila" kot ... hehehe.

ok bye
ADIOS
____________________________________________________________

Monday, October 1, 2012

aku tinggalkan dia tanpa rela

22 comments:
hye uollss and hye october :)

1 october bersamaan hari Isnin , hari ini aku memulakan hari baru dengan menghabiskan masa berjam-jam atas kerusi tunggu orang pinang aku pinjam wang kat tempat aku .. kiranya aku ni Ahlong ehh salah ... easy loan sebenarnya :D Bukan ceti bukan juga satay .. ehh pelik je? hummm .. menaip entri ni mcm nak tak nak je , malas plus mata mengantuk plus bb slow macam siput plus , ehh berapa banyak plus daaaa [-___-]
First day aku rasa excited nak turun keja tak sangka pulak bosan menemaniku sepanjang hari tadi. Ishh memang bosan la .. mungkin lepas ni xtvt blogwalking terganggu sikit~

Ohh ya apa suda jadik ngan post title tu ? Itu la semalam lepas candle light dinner with love bukan main seronok lagi kan siap propose lagi. Hahaha sukanya aku bila ada yang terkena :P okok back to the topic , semalam aku tekad , tekad untuk meruntuhkan tembok China tinggalkan dia. Aku tekad walaupun tanpa rela hati .. Ye ! tekad dari luar semata-mata tetapi dalam hati hanya Tuhan saja tahu bahawasanya aku memang tak tekad langsung. Cehhh macam nak bersumpah suda ! Mulanya aku diamkan saja rasa hati tapi menjadi-jadi pula kamu tu .. kejam !


 
 
The problem is kita sama tak nak each other buat sesuatu yang we know akan menyakitkan hati but stillll .... we did the same mistake ! So I think kita kena lupakan tu semua. I meant kita buat benda yang kita suka,tanpa halangan. You buat apa you suka and me too ! so adil kan ?? :) Aku tak salahkan sesapa. What the hell kita nak marah padahal last-last pun buat benda sama jugak. so u buat la apa u suka ... ikhlas ok !!!

sapa lah kita untuk menghalang  .. andai kau bahagia begitu bersama mereka , teruskan sahaja. 

sayang seribu kali sayang .
"ungkapan sayang dan rindu itu hanya akan hadir bila dua hati mula saling suka
tapi kenapa ungkapan itu mudah sahaja dilafaskan."

 segalanya hanya untuk kamu tapi sayang segalamu bukan untukku




ini bukan TYPO .. lalala :P
ADIOS

disappointed , Michelle
______________________________
Copyright© Design by Michelle MarshmallOw 2014 ツ