Wednesday, July 24, 2013

Tuesday, July 23, 2013

Kurus , berisi , gemuk , obesity

9 comments:


HELLO BLOGGER BUDDIEZZ ^^


Gemuk sesuatu yang sangat ditakuti wanita?
Gemuk dan kurus memang tak sama fizikalnya.
Kalau setiap manusia di bumi disuruh membuat pilihan aku rasa kebanyakkan ,
90.99 peratus penduduk bumi memilih untuk kurusssss. Kenapa kurus ? Sebab kurus ,,
anda boleh mempergayakan bermacam-macam fesyen , boleh pakai itu ini .. senang.
Nak beli seluar baju pun senang la .. Itu kenyataannya lah kot aku rasa :/
Kenyataannya kurus yang tak terlampau tu ok juga :3 Sapa la yang tak impikan badan
yang ramping macam BIG MAMA Angelina Jolie tu :p 
Tapi yang kurus pun tak semestinya cantik :)

Yang kurus nak jadi gemuk , yang gemuk nak jadi kurus.Alahaiii

Gemuk , so ???
Persoalannya kenapa takut gemuk ? Gemuk? so apa masalahnya?
"Ewww .. gemukkkk ! Benci" Yayayaya boleh la yang body ukuran Tailor Swift cakap
macam tu.Serius aku cakap , kebanyakkan orang gemuk itu comel. Betul ! dan kalau
uolls bertanya pada orang tua , serius mereka akan cakap gemuk itu lagi bagus.KE??
Dan yang paling hina bila si kurus mengutuk si gemuk. Ishh benci ! Tak suka !


KALAU OBESITY TU LAIN LAHHHH !
Marah? ehh takkk .. hehehe ^^
Huuu kalau dah obesity tu bukan gemuk lagi dah tu.Seelok-eloknya 
gemuk pun cukup kot tapi obesity no. Yang ni aku nak cakap , serius obesity macam errr !
No way ! Bukan nak cakap apa la tapi kalau dah terlebih tu dah tak baik dah untuk kesihatan.
Dalam karangan Bahasa Melayu pun kebanyakkannya tentang keburukan obesity je. Kan ??
hehehe. Kesihatan kena jaga jugak uolls. Macam sekarang ni aku tengah berdiet. Cetttt.
Cuba tengok orang kurus , bila badan naik sikit mesti cakap
'badan aku dah gemuk , tak suka ' lepastu update status kat facebook.
Dah tu sapa suruh makan banyak kalau takut gemuk? HAHAHA ok agak jahat sikit entri
kali ni. Mengata orang ke Michelle oiii?? Takkkk , ini kenyataan sayang. Jangan marahhhh :p



COMEY TAK KAK TON ... ?
GEMUK dan BERISI tu tak sama sayang.
Gemuk tu gemuk , berisi tu berisi. Ehhh apa kejadahnye aku taip ni.
Bukan wanita je oii tak nak gemuk, laki pun sama malah nak girlfriend yang pinggang ramping
je. Yang pinggang rampang besoo tak nak.Ehh amboii memilih sangat la kunun.
Macam dia hensem sangat kan nak memilih yang pinggang ramping :3
Tengok zizan tu dulu dia tak hensem sebab kurus,sekarang dah berisi gila tak hensem.
Tak minat pun jadi minat ngan Zizan. Hahaha .. Retis la katakan

Sapa tak nak gemuk , sekarang ni dah macam-macam produk untuk kurus.
Beli je la , pegi je slim world tu haaa.. Malah ada yang takut nak beranak sebab
takut gemuk.Alahai relanya tak beranak gara-gara takut gemuk.Apalah sangat , lepas beranak
kurus balik la , jaga badan , ikut pantang. Gemuk ke kurus ke kalau dah cantik tetap
juga cantik.Biarkan orang nak kita gemuk yang penting sihat.


Tapi yang ni serius comel. hehehehe ..
Ok lah uolls , jangan ada yang terasa tau dengan entri ni. Ni kenyataan berdasarkan
apa yang aku tengok.Kalau sesapa terasa tu mintak maaf ye tapi fikir-fikirkanlah ok ;)

XOxo

Sebulan terasa sehari

8 comments:

HANA , DUL , SAE .. BELLO !
Sapa tahu maksudnya , uolls memang comel macam minionss xD

Hari ini 23 Julai , maka genap sebulan nenek aku telah tiada.
Sebulan , yup masih baru lagi tapi rasa semalam je bersama nenek. Terasa nenek ada je di
 bilik sebelah tapi kenyataannya hanya kenangan yang tinggal. Rindunyaa .. SEBAK :')

Setiap kali duduk berkumpul bersama keluarga mesti sahaja nenek disebut-sebut dan
mengalir lagi air mata kerinduan dan kesedihan atas pemergian nenek.Tapi apalah boleh buat
yang pergi tak akan kembali. Nenek pasti tenang disana !

Dulu masa kecik-kecik nenek selalu bagi duit even tak mintak pun.
Nenek tak pernah marah. Bila tengok nenek sejuk je rasa hati.
Nenek selalu pukul-pukul manja paha yang beso ni "besar sudah cucuk nenek" katanya.
"rambut kamu panjang , kalau gunting nanti bagi nenek.Boleh la dibuat sanggul"

Nenek tetap dalam ingatan , selamanya. Nenek u are the best grandma in the world

XOxo



Monday, July 22, 2013

Spontaneous Monday

13 comments:

BELLO ! MEAN HELLO xD

Kita selalu melihat kelemahan dan kekurangan orang lain.
Tetapi kenapa tidak melihat akan kekuarangan dan kelemahan diri sendiri.
Tiada yang sempurna.
 ____________________________________________________________

Fahami bahasa dibawah dengan tekun. Hahaha.. Bahasa sekarang ke wehh ??


Berbelit-belit lidah membaca ! 
"Aperw larghh awack nieyh" LOL

XOxo


Sunday, July 21, 2013

Segmen | Follow Mengfollow Sampai Pengsan by Cik Hawa

26 comments:
  
HELLO BLOGGER BUDDIEZZ ^____^

Alyn , tank yu tag michelle join segmen ni xD


mohon klik banner untuk join!

tag :: CIK AKAK
Tarikh Tamat :- 20 August 2013

XOxo


Saturday, July 20, 2013

Giveaway 10K Followers Mialiana.com

8 comments:

Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

Friday, July 19, 2013

It's Friday again!

5 comments:


HELLO BLOGGERS HEBAT SEKALIAN !

Heyy it's friday .. 
Happy weekend semua. Manfaatkan hujung minggu kita melakukan kerja-kerja
yang berfaedah , contohnya holiday dengan family. YEAYY I LIKE IT ^_____^



the minionssss XD
wohooo happy friday ! yahh just friday but at least we have a break.
A break after the day Monday Tuesday wednesday Thursday and a half day on  Friday :p
OK FINE , ENGLISH SAYA TAK BETOL :PPP


Semoga esok lebih baik dari hari ini.

XOxo


Thursday, July 18, 2013

The Anonymous~~

9 comments:

HYE GUYS !

Since Michelle berblog selalu jek ada anonymous-anonymous yang tinggalkan komen kat
entri Michelle ni. Ada yang bahasanya michelle tak faham maksudnya apa.Michelle biarkan je,
Michelle spam.Tak ambik kisah sangat sebab tak tahu pun apa makna yang anonymous tu taip.
Kalau english boleh la faham tapi ada yang memang out of my mine nak memahami kata-kata tu.
TAK SANGKA KAN ADA ANONYMOUS YANG SUDI MEMBENCI MICHELLE DALAM
DUNIA BLOGGING NI. EHEM-EHEMMM RASA MACAM RETIS PULAK ADA BENCI-
BENCI. HAHAHA POYO !! ok, memang tak boleh blah ! -.-

ANONYMOUS

Anonymous ohh anonymous !
Nama pun ANONYMOUS. Susah untuk mengetahui siapa mereka-mereka ni.
Yang sedihnya bila mereka ni meninggalkan komen-komen berunsur negatif dalam blog kita.
Malu membaca komen-komen yang macam tu.Lepas tu mereka macam tidak suka apa yang
kita taip dalam entri. Ada je yang mereka kutuk dalam entri kita tu.Yup, michelle tahu michelle
punya entri banyak kepada hal peribadi. Well itu hak masing-masing kan nak meluahkan apa yang
kita mahu asalkan tidak memburukkan diri sendiri or berkata-kata akan benda yang berunsur negatif.

Michelle tak boleh la nak menuduh sesuka hati lah kan.. Mungkin anonymous tu orang
 yang kenal michelle, michelle pun tak tahu. Tapi michelle nak cakap sikit.. Walau tak suka
sekalipun tak payah la nak komen-komen benda tak elok dalam blog ni.Even michelle tak tahu
kau siapa tapi Tuhan tahu segalanya.Kau rasa  kau selamat tapi sebenarnya tak kerana Tuhan   memerhatikan tingkah lakumu.Tuhan tahu siapa kau disebalik "anonymous" itu.Kalau rasa tak suka
dengan entri michelle tegur je dengan cara baik tak payah nak merosakkan diri-sendiri dengan
komen-komen macam tu.Kau tak dapat apa pun dengan berbuat macam tu. Nak buat orang rasa
marah? Takk,sungguh dalam hati tak timbul sikit pun rasa marah.Tapi kesalllll , maluuuu dengan
kata-kata yang macam tu sebab dari kecil lagi sudah dididik tidak berkata-kata seperti itu.




HENTIKAN MENJADI ANONYMOUS TEGAR. Boleh ???
Kau tak dapat apapun dengan berbuat seperti itu sebaiknya hanya menambah dosa.
JANGAN NAK ANONYMOUS SANGAT LAH YE.KALAU IKHLAS TINGGALKAN
NAMA DAN SIAPA KAU SEBENARNYA , BUKAN TINGGALKAN DOSA. TERIMA KASIH.

XOxo


Tuesday, July 16, 2013

michelle just typing

9 comments:

HELOO BLOGGERss

Salam 1 Malaysia semua ! xD
Petang-petang cenggini rasa teringin pulak nak update blog yg lama dah x berupdate ni.
Hmm .. sebelum tu gua nak ucapkan selamat berpuasa untuk bloggers yang beragama Islam.
Puasa taww jangan tak puasa. Hehehe  ^___^!

Just now , baru je balik dari bazaar ramadhan. Nak jugak menyibuk , bersesak-sesak
dengan orang ramai "shopping" kat bazaar ramadhan tu :D Jumpa kawan sempat jugak gosip.
Hehehe tipu je xD
Sudah hampir empat minggu nenek pergi meninggalkan kami. Tetapi rasa macam baru sebentar
tadi mengenggam jari-jemari nenek. How much I miss u nenekk :'( Semoga nenek damai disana.

Actually aku tak tau apa yang aku cuba sampaikan dalam entri ni.
Motifnya memang tak ada tapi sajaaaa nak menaip. LOL >___<



XOxo


Wednesday, July 3, 2013

Tiada pengganti

20 comments:

Hello the bloggers!

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan ,
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Semoga arwah tenang di sana ..

23 Jun lepas nenek pergi selamanya.Saat-saat bersama nenek sentiasa dalam ingatan.
Sejak hari pertama pemergian nenek , hati sudah mula rasa rindu.
5 bulan menahan sakit , tak dapat bangun, baring 24 jam ..Makan mandi semua anak-anak beri.
Aku tahu nenek kuat , aku tahu nenek masih ingin bersama anak dan cucunya.
masih terngiang di telinga bila nenek kata
"masih teringin nenek berkumpul bersama kamu semua tapi nenek sakit ...."

nenek , kau tiada pengganti. sayang nenek selamanya. sobs!

"Di mana sahaja kamu berada, kematian akan datang menemuimu, walaupun kamu
 berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh."
pinjam kata-kata Izzue Islam.

Jangan ditanya kenapa aku menghilang , mengapa aku menyepi.
tapi serius aku rindu nak berblogging , ada masa nanti aku akan kembali.
*bajet retis*

XOxo




Copyright© Design by Michelle MarshmallOw 2014 ツ