Hye guys!!
**Baling-baling sweet marshmallow kat uolls yang baca**
hahaha ...
OK lah, petang ni aku nak berbahas sedikit tentang Jerebu.Ececee.. kemain
ayat makcik nih :3 Semua tahu kan sekarang ni tahap jerebu semakin meningkat.
Lebih-lebih lagi kat semenanjung.Kalau kat sarawak ni masih ditahap yang elok.
Semenjak kes MH370 aku selalu je terperap** depan tv,tengok astro Awani.
Banyak kawasan-kawasan disemenanjung mengalami jerebu yang kurang baik.
Dah tau jerebu ada pulak pihak yang tak bertanggungjawab membuat
pembakaran terbuka. Tak hado kesedaran ke tak boleh membakar secara terbuka??
Jerebu boleh menjejaskan kesihatan tau uollss..
Bagi kawan-kawan,tak kisah la sapa pun jaga kesihatan korang ye...Jerebu
boleh mengakibatkan sakit mata, sakit tekak, batuk dan sangat merbahaya kepada
mereka yang menghidap asma kerana boleh mengakibatkan kematian.NI memang
true story lah kan.. Jangan pandang enteng dengan jerebu.Seelok-eloknya
guna mask a.k.a topeng muka,penutup mulut semasa berada di luar rumah.
Yang penting sekali minum air banyak-banyak.
Semua tahu kan bahaya jerebu,kat sekolah dulu takkan tak belajar bahaya jerebu. :D
Jaga kesihatan okayyy :)
Thats all for now.See yah !
x o x o