hye uollsss :3
Berapa minggu lepas , aku diajak orang yang tak aku kenal pergi ke sebuah hotel. Aku pun tak tahu kuasa apa yang membuatkan aku boleh terikut orang tu sampai hotel. Sampai je kat hotel tu , sudah ada ramai orang pun.Seriously sudah macam tempat orang nak kawen. Cantik dihias sana sini. Terkejut lagi apabila aku tengok parents aku juga ada kat hotel tu. So aku terfikir mungkin ni wedding wa punya saudara. Ok , otak mula berfikir nak makan. :P
Datang pula pasangan suami isteri , chinese look and terus duduk sebelah aku. Mereka senyum dan aku pun senyum , senyum-senyum hairan gitu. Si isteri tu pun cakap ngan wa sambil tunjuk kearah sorang laki Cina .. "Itu bakal suami kamu , sekejap lg kamu dua akan kawen"
Apa ?? terkejut beruk aku , terkeluar secara automatik makanan dari perut aku berserta usus2 sekalian. Mata aku terus membulat , terserlah lagi kecomelan disitu, hahaha ..
Aku tengok parents aku , mereka seolah-olah merestui perkahwinan itu tanpa persetujuanku , tanpa pengetahuanku. Ohh kenapa buat aku begini ?? Aku tengok lelaki yang bakal bergelar suami kepada aku tersenyum kearahku. Huhh manis juga .. haha. Tiada kata-kata dapat aku luahkan , sepertinya jodohku telah ditentukan. Tapi macam mana kekasihku?? sedihkah dia? Arghhh , maafkan aku. Aku terpaksa ... Mungkin tiada jodoh antara kita.
Ahh perkahwinan ini tiada nilainya buatku. Usiaku masih terlalu muda. Sampai hati parents aku buat begitu sedangkan mereka tahu aku mencintai yang lain .. Sedihnya :( Bagaimana aku bisa bahagia dengan perkahwinan ini.. Aku tak kenal dia yang bakal menjadi suamiku.
No ,,, Tidakkk aku takkan kawen dengan kamu. Banyak lagi perempuan chinese yang sejuta kali lebih cantik , seksi , kulit halus , tinggi berbanding aku yang pendek tapi comel ni. Kenapa aku ? adakah dia juga terpaksa berkahwin denganku.Ohh tidakkk , berantakan semuanya !
Beginikah sudahnya hidup aku ???? Kejammmmnyaa
Perlukaj aku meneruskan perkahwinan ini ?? atau ........
Biarlah aku terus hanyut di alam mimpi ...