Wednesday, September 18, 2013

Tuesday, September 10, 2013

Kerana Diriku Begitu Berharga.

8 comments:

HOLLLLLLAAAAA !

Punyaaaa cukup  lama saya  tak update blog. Sampaikan followers tak mencecah 900++ pun saya perasan.Tengok keadaan blog pun rasa mau pengsan.Hahaha ... Part yang paling menarik perhatian dalam blog saya pada pandangan ekor mata saya hanya CBOX tu je sebab dia colourful.hahahha. Agak-agak populariti saya dalam dunia blogging pun dah mendadak turun. Nii lagi statement paling perasan di dunia. Wellll jangan heran la, saya baru balik melancong. Melancong ke luar negara , bawak hati laraaa. Hahahaha pengsan sekejap ! >___<

So far so good , life macam ni jelaaa .. [ada orang tanya ka ?? whatever -.-] Ada banyak benda nak cerita dalam blog ni tapi memandangkan lama dah tak update semua story morry tu hilang bersilih ganti,jadi habuk.1 pun tarak tinggal. Tapi takpa la , saya ok saya dah besar. Huiiii tiada kaitan langsung dengan saya sudah besar.

Sejak dua menjak ni kan..kan saya banyak bermain soal hati dan perasaan. Errrr , I mean , hati saya tergurisss,tersayat,terpilu,ternano,terkecewa,tersedih,terbahagia ! Kuikuikui punya banyak TERRRR hati saya kan.Hahahaha ...Yang ternano tu tak tahu apa.  Tapi saya bersyukur sebab dalam rumah saya masih ada dapur dan dalam peti sejuk masih ada makanan untuk dimakan.Kesimpulannya saya tetap bahagia dengan makanan-makanan mak saya bagi.Selagi ada dapur di rumah saya selagi itu saya bahagia dan tak berhenti makannnn.Dan selagi itulah badan saya membentuk ! wakaahahaha ... INI SEMUA POYO !

K k kkk enough is enough ! saya punya entri ni takde motif atau kesasihan.LOL. Aku tak tau apa aku taip ... Apa-apapun kita hidup harus rasa bahagia.Bukan bahagiamu deritaku. TAJUK ENTRI MEMANG TAK BOLEH BLAH ! tiada kaitan sungguh tapi saya memang sungguh berharga.kahkahkah .. puewww


saya pinjam gambar ni yop. ekekeke.. Si admin punya gambar muhun jangan telan aku.Gambar ni tiada kaitan dengan entri saya tapi saya suka kata-kata dalam gambar tu. AWAK HANYA BOLEH SAYANG SAYA SEORANG JE. hihhihihhhh

Dan saya paling tak suka bila saya download something tu , dia seloww macam siput.

KBAI XOXO


Wednesday, July 24, 2013

Wordless Wednesday

16 comments:


HELLO BLOGGERS !
SELAMAT HARI RABU







HAVE A NICE DAY

XOxo


Tuesday, July 23, 2013

Kurus , berisi , gemuk , obesity

9 comments:


HELLO BLOGGER BUDDIEZZ ^^


Gemuk sesuatu yang sangat ditakuti wanita?
Gemuk dan kurus memang tak sama fizikalnya.
Kalau setiap manusia di bumi disuruh membuat pilihan aku rasa kebanyakkan ,
90.99 peratus penduduk bumi memilih untuk kurusssss. Kenapa kurus ? Sebab kurus ,,
anda boleh mempergayakan bermacam-macam fesyen , boleh pakai itu ini .. senang.
Nak beli seluar baju pun senang la .. Itu kenyataannya lah kot aku rasa :/
Kenyataannya kurus yang tak terlampau tu ok juga :3 Sapa la yang tak impikan badan
yang ramping macam BIG MAMA Angelina Jolie tu :p 
Tapi yang kurus pun tak semestinya cantik :)

Yang kurus nak jadi gemuk , yang gemuk nak jadi kurus.Alahaiii

Gemuk , so ???
Persoalannya kenapa takut gemuk ? Gemuk? so apa masalahnya?
"Ewww .. gemukkkk ! Benci" Yayayaya boleh la yang body ukuran Tailor Swift cakap
macam tu.Serius aku cakap , kebanyakkan orang gemuk itu comel. Betul ! dan kalau
uolls bertanya pada orang tua , serius mereka akan cakap gemuk itu lagi bagus.KE??
Dan yang paling hina bila si kurus mengutuk si gemuk. Ishh benci ! Tak suka !


KALAU OBESITY TU LAIN LAHHHH !
Marah? ehh takkk .. hehehe ^^
Huuu kalau dah obesity tu bukan gemuk lagi dah tu.Seelok-eloknya 
gemuk pun cukup kot tapi obesity no. Yang ni aku nak cakap , serius obesity macam errr !
No way ! Bukan nak cakap apa la tapi kalau dah terlebih tu dah tak baik dah untuk kesihatan.
Dalam karangan Bahasa Melayu pun kebanyakkannya tentang keburukan obesity je. Kan ??
hehehe. Kesihatan kena jaga jugak uolls. Macam sekarang ni aku tengah berdiet. Cetttt.
Cuba tengok orang kurus , bila badan naik sikit mesti cakap
'badan aku dah gemuk , tak suka ' lepastu update status kat facebook.
Dah tu sapa suruh makan banyak kalau takut gemuk? HAHAHA ok agak jahat sikit entri
kali ni. Mengata orang ke Michelle oiii?? Takkkk , ini kenyataan sayang. Jangan marahhhh :p



COMEY TAK KAK TON ... ?
GEMUK dan BERISI tu tak sama sayang.
Gemuk tu gemuk , berisi tu berisi. Ehhh apa kejadahnye aku taip ni.
Bukan wanita je oii tak nak gemuk, laki pun sama malah nak girlfriend yang pinggang ramping
je. Yang pinggang rampang besoo tak nak.Ehh amboii memilih sangat la kunun.
Macam dia hensem sangat kan nak memilih yang pinggang ramping :3
Tengok zizan tu dulu dia tak hensem sebab kurus,sekarang dah berisi gila tak hensem.
Tak minat pun jadi minat ngan Zizan. Hahaha .. Retis la katakan

Sapa tak nak gemuk , sekarang ni dah macam-macam produk untuk kurus.
Beli je la , pegi je slim world tu haaa.. Malah ada yang takut nak beranak sebab
takut gemuk.Alahai relanya tak beranak gara-gara takut gemuk.Apalah sangat , lepas beranak
kurus balik la , jaga badan , ikut pantang. Gemuk ke kurus ke kalau dah cantik tetap
juga cantik.Biarkan orang nak kita gemuk yang penting sihat.


Tapi yang ni serius comel. hehehehe ..
Ok lah uolls , jangan ada yang terasa tau dengan entri ni. Ni kenyataan berdasarkan
apa yang aku tengok.Kalau sesapa terasa tu mintak maaf ye tapi fikir-fikirkanlah ok ;)

XOxo

Sebulan terasa sehari

8 comments:

HANA , DUL , SAE .. BELLO !
Sapa tahu maksudnya , uolls memang comel macam minionss xD

Hari ini 23 Julai , maka genap sebulan nenek aku telah tiada.
Sebulan , yup masih baru lagi tapi rasa semalam je bersama nenek. Terasa nenek ada je di
 bilik sebelah tapi kenyataannya hanya kenangan yang tinggal. Rindunyaa .. SEBAK :')

Setiap kali duduk berkumpul bersama keluarga mesti sahaja nenek disebut-sebut dan
mengalir lagi air mata kerinduan dan kesedihan atas pemergian nenek.Tapi apalah boleh buat
yang pergi tak akan kembali. Nenek pasti tenang disana !

Dulu masa kecik-kecik nenek selalu bagi duit even tak mintak pun.
Nenek tak pernah marah. Bila tengok nenek sejuk je rasa hati.
Nenek selalu pukul-pukul manja paha yang beso ni "besar sudah cucuk nenek" katanya.
"rambut kamu panjang , kalau gunting nanti bagi nenek.Boleh la dibuat sanggul"

Nenek tetap dalam ingatan , selamanya. Nenek u are the best grandma in the world

XOxo



Monday, July 22, 2013

Spontaneous Monday

11 comments:

BELLO ! MEAN HELLO xD

Kita selalu melihat kelemahan dan kekurangan orang lain.
Tetapi kenapa tidak melihat akan kekuarangan dan kelemahan diri sendiri.
Tiada yang sempurna.
 ____________________________________________________________

Fahami bahasa dibawah dengan tekun. Hahaha.. Bahasa sekarang ke wehh ??


Berbelit-belit lidah membaca ! 
"Aperw larghh awack nieyh" LOL

XOxo


Sunday, July 21, 2013

Segmen | Follow Mengfollow Sampai Pengsan by Cik Hawa

24 comments:
  
HELLO BLOGGER BUDDIEZZ ^____^

Alyn , tank yu tag michelle join segmen ni xD


mohon klik banner untuk join!

tag :: CIK AKAK
Tarikh Tamat :- 20 August 2013

XOxo


Saturday, July 20, 2013

Giveaway 10K Followers Mialiana.com

5 comments:

Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

Friday, July 19, 2013

It's Friday again!

5 comments:


HELLO BLOGGERS HEBAT SEKALIAN !

Heyy it's friday .. 
Happy weekend semua. Manfaatkan hujung minggu kita melakukan kerja-kerja
yang berfaedah , contohnya holiday dengan family. YEAYY I LIKE IT ^_____^



the minionssss XD
wohooo happy friday ! yahh just friday but at least we have a break.
A break after the day Monday Tuesday wednesday Thursday and a half day on  Friday :p
OK FINE , ENGLISH SAYA TAK BETOL :PPP


Semoga esok lebih baik dari hari ini.

XOxo


Thursday, July 18, 2013

The Anonymous~~

9 comments:

HYE GUYS !

Since Michelle berblog selalu jek ada anonymous-anonymous yang tinggalkan komen kat
entri Michelle ni. Ada yang bahasanya michelle tak faham maksudnya apa.Michelle biarkan je,
Michelle spam.Tak ambik kisah sangat sebab tak tahu pun apa makna yang anonymous tu taip.
Kalau english boleh la faham tapi ada yang memang out of my mine nak memahami kata-kata tu.
TAK SANGKA KAN ADA ANONYMOUS YANG SUDI MEMBENCI MICHELLE DALAM
DUNIA BLOGGING NI. EHEM-EHEMMM RASA MACAM RETIS PULAK ADA BENCI-
BENCI. HAHAHA POYO !! ok, memang tak boleh blah ! -.-

ANONYMOUS

Anonymous ohh anonymous !
Nama pun ANONYMOUS. Susah untuk mengetahui siapa mereka-mereka ni.
Yang sedihnya bila mereka ni meninggalkan komen-komen berunsur negatif dalam blog kita.
Malu membaca komen-komen yang macam tu.Lepas tu mereka macam tidak suka apa yang
kita taip dalam entri. Ada je yang mereka kutuk dalam entri kita tu.Yup, michelle tahu michelle
punya entri banyak kepada hal peribadi. Well itu hak masing-masing kan nak meluahkan apa yang
kita mahu asalkan tidak memburukkan diri sendiri or berkata-kata akan benda yang berunsur negatif.

Michelle tak boleh la nak menuduh sesuka hati lah kan.. Mungkin anonymous tu orang
 yang kenal michelle, michelle pun tak tahu. Tapi michelle nak cakap sikit.. Walau tak suka
sekalipun tak payah la nak komen-komen benda tak elok dalam blog ni.Even michelle tak tahu
kau siapa tapi Tuhan tahu segalanya.Kau rasa  kau selamat tapi sebenarnya tak kerana Tuhan   memerhatikan tingkah lakumu.Tuhan tahu siapa kau disebalik "anonymous" itu.Kalau rasa tak suka
dengan entri michelle tegur je dengan cara baik tak payah nak merosakkan diri-sendiri dengan
komen-komen macam tu.Kau tak dapat apa pun dengan berbuat macam tu. Nak buat orang rasa
marah? Takk,sungguh dalam hati tak timbul sikit pun rasa marah.Tapi kesalllll , maluuuu dengan
kata-kata yang macam tu sebab dari kecil lagi sudah dididik tidak berkata-kata seperti itu.




HENTIKAN MENJADI ANONYMOUS TEGAR. Boleh ???
Kau tak dapat apapun dengan berbuat seperti itu sebaiknya hanya menambah dosa.
JANGAN NAK ANONYMOUS SANGAT LAH YE.KALAU IKHLAS TINGGALKAN
NAMA DAN SIAPA KAU SEBENARNYA , BUKAN TINGGALKAN DOSA. TERIMA KASIH.

XOxo


Tuesday, July 16, 2013

michelle just typing

8 comments:

HELOO BLOGGERss

Salam 1 Malaysia semua ! xD
Petang-petang cenggini rasa teringin pulak nak update blog yg lama dah x berupdate ni.
Hmm .. sebelum tu gua nak ucapkan selamat berpuasa untuk bloggers yang beragama Islam.
Puasa taww jangan tak puasa. Hehehe  ^___^!

Just now , baru je balik dari bazaar ramadhan. Nak jugak menyibuk , bersesak-sesak
dengan orang ramai "shopping" kat bazaar ramadhan tu :D Jumpa kawan sempat jugak gosip.
Hehehe tipu je xD
Sudah hampir empat minggu nenek pergi meninggalkan kami. Tetapi rasa macam baru sebentar
tadi mengenggam jari-jemari nenek. How much I miss u nenekk :'( Semoga nenek damai disana.

Actually aku tak tau apa yang aku cuba sampaikan dalam entri ni.
Motifnya memang tak ada tapi sajaaaa nak menaip. LOL >___<



XOxo


Wednesday, July 3, 2013

Tiada pengganti

20 comments:

Hello the bloggers!

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan ,
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Semoga arwah tenang di sana ..

23 Jun lepas nenek pergi selamanya.Saat-saat bersama nenek sentiasa dalam ingatan.
Sejak hari pertama pemergian nenek , hati sudah mula rasa rindu.
5 bulan menahan sakit , tak dapat bangun, baring 24 jam ..Makan mandi semua anak-anak beri.
Aku tahu nenek kuat , aku tahu nenek masih ingin bersama anak dan cucunya.
masih terngiang di telinga bila nenek kata
"masih teringin nenek berkumpul bersama kamu semua tapi nenek sakit ...."

nenek , kau tiada pengganti. sayang nenek selamanya. sobs!

"Di mana sahaja kamu berada, kematian akan datang menemuimu, walaupun kamu
 berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh."
pinjam kata-kata Izzue Islam.

Jangan ditanya kenapa aku menghilang , mengapa aku menyepi.
tapi serius aku rindu nak berblogging , ada masa nanti aku akan kembali.
*bajet retis*

XOxo




Monday, June 17, 2013

sekadar update :P

13 comments:

HELLO PEEPS !

Salam , Selamat Gawai semua. Ehh Gawai dah lepas dah.Tapi bahangnya tetap ada dalam hati.
Ekekeke .. 3 minggu tak update blog , tak hilang cuma agak sibuk dengan Gawai haritu even
Gawai dah berlalu tapi mood  berblog  lari pulak. Haa mood pun pandai lari uollss :P
Bukan berblog je , bukak lappy pun tak.Gituuu :P Gawai memang happening sangat.Yang 
paling best dapat kumpul ramai-ramai ngan sedara-mara walaupun sekejap tapi cukup untuk
menyemai kenangan bersama :) kenangan itu akan terus mekar sampai bila-bila.

Mintak maaf pada kawan-kawan blogger , ada yang tercari-cari nampaknya, HAHA
perasan sangat bajet ada orang mencari :P Lagi tak best bila traffic blog menurun dengan mendadak.
HAHA ! Tak apa padan la muka.Sekarang ni pun rasa malas-malas tu still melekat dalam jiwa.
ehh :P Update blog pun malas apalagi kalau disuruh belajar.Kan?? Muehehehe ..
dapat aku bayangkan bagaimana perasaan seorang pelajar bila terpaksa balik kuliah setelah
lama bercuti.Merana sangat oiii.. HAHA.Aku tau sebab aku pernah melalui zaman tu lebih-lebih
lagi terpaksa berpisah dengan keluarga.Kalau dulu cover tak nak menangis depan keluarga tp
bila time tido mula la menangis , homesick. Aduiii. hehehe ..

Sekarang pulak terpaksa berpisah dengan pakwe pulok. HAHA :P
Semalam pakwe balik KL meneruskan perjuangan menjadi seorang guru suatu hari nanti.
Untuk semesta baru harap dia terus bersemangat meneruskan kuliah.Cewahhh >___<
Dan untuk aku semoga aku akan mendapat sesuatu yang baik lepas ni. Amen.

Entri kali ni permulaan untuk entri seterusnya tapi tak tahu bila lagi nak update.
Menaip entri ni perlukan mood jugak tau , takde mood memang tak boleh la :P
ok got to go 

XOxo


Thursday, May 23, 2013

Blogwalking sambil "like"

18 comments:

HELLO !
Cutiii mariii. YEAH >_____<

Jemput join segmen ni sesama

klik banner

XOxo


Wednesday, May 22, 2013

silence day of wednesday

8 comments:

HELLO BLOGGERS!


XOxo


silence day of Wednesday

8 comments:

HELLO PEEPS !

Selama ni selalu guna wordless wednesday tapi sekarang nak tukar kepada
Silence Day Of Wednesday pulak , lebih kurang mcam wordless wednesday jugak la.
Silence day of wednesday ni diasaskan oleh blogger Silence Blogz 
Diasaskan boleh tak? ekekeke .. 

*****************************************


XOxo


Saturday, May 18, 2013

spontaneous saturday

8 comments:

HEllO BLOGGERS !


saya percaya sesuatu yang baik akan datang juga nanti ,
saya bersabar sebab sesuatu yang baik sedang menanti saya .
dan saya tidak menyerah walaupun gagal berkali-kali.

************************************

Psttt tak sangka menang segmen topup 2 hari by Bahrain

XOxo



Blogger Pilihan Saya By ALS

6 comments:

HELLO PEEPS !

Selamat Hari sabtu , selamat berhujung minggu.Jom santai bersama segmen.
Ececece >__________<


Michelle tau korang nak join jugak kan ? TEKANLAH SINI
due segmen 18 May 2013 - 23 May 2013

Senarai hadiah :
Topup RM10 x 1 Top Refferal
Topup RM5 x 4 orang bertuah
Bloglist x Semua peserta

Cara pemilihan : 
1. Top Refferal
2. Random.org

UPDATE
blogger pilihan :: Pari-pari putih

Good Luck dan selamat bersegmen semua!
XOxo



Friday, May 17, 2013

calon simpanan,ok aku koma sekejap

10 comments:

HELLO PEEPS !

Tajuk entri semacam tak betol.Entri ni panjang sikit , aku tau korang x suka baca.
Takpe aku faham tapi biarlah ... hanya yang rajin membaca je akan membaca. :p
Kecewanya rasa hati apabila apa yang kita harapkan selama ni bukan milik kita.
Last month aku ada buat entri pasal aku interview nurse. Tengok sini. Sungguh aku teruja
dapat interview untuk ke berapakalinya.Siap lagi aku minta tolong bloggers tolong aku buat
research tentang penyakit-penyakit terkini.Research la sangat kan ..
Terima kasih kepada yang sudi bagi pendapat.

Semalam time bukak facebook ternampak la status si kawan katanya berjaya untuk temu duga.
Tidak semena-mena aku rasa kejang seluruh badan.Seriouss , sejuk badan aku.Nervous bila
nak check aku punya keputusan.Dengan semangat yang ada tu aku tengok result interview aku.
Bila aku buka .. Arghhh kecewa sangat dengan keputusan dari pihak sana.
ANDA DIKATEGORIKAN SEBAGAI CALON SIMPANAN.
Terus aku rasa separuh badan aku koma.LOL .. kenapa harus simpanan , kenapa tak bagi je aku
jawatan tu.Kecewanya rasa. Lepas tu mood terus takde, sedih bercampur baur rasa dalam hati.
Sungguh tak terkata , sangat2 sedih , menangis aku wehh. HAHA .. check berkali-kali
keputusan interview tu sebab tak percaya dan berharap mata aku salah melihat tapi kenyataannya
memang sudah sebagai calon simpanan. Menabah jela , kecewa tak terkata !

.Tapi kawan yang baik hati terus dia inbox aku.Dia kata..
"Jangan risau la,dulu masa batch kami ramai yang failed time medical check up , bila dah 
macam tu korang calon simpanan akan diserap masuk tapi kena tunggu sampai 6 bulan"
6 bulan,ok fine T__T Dan lepas tu aku ada sedikit kekuatan dan masih mengharap aku akan
diserap nanti , berdoa agar keajaiban berlaku dan ada calon yang gagal medical check up.
HAHAHA ok itu aku tipu.. :P "ko doa je semoga ko terpilih nanti" 

Sedih sangat.Semalam aku rasa memang down sesangat.Sangat-sangat uolls ! mohon kesiankan
aku :P Lepas tu aku terus masuk tidur , masalahnya mata tak nak tidur lagi tapi aku paksa jugak.
Menangis semalaman  dan menangis.Macam mana aku tak menangis , aku berharap sangat aku
dapat interview tu last2 calon simpanan aje.Tu pun belom pasti akan dapat cuma doa je tinggal.
Siap bermimpi lagi kawan aku yang sama interview berjaya temu duga. T___T
Aku selalu percaya Tuhan itu selalu ada mendengar doa hambanya.Semoga dibukakan hati pihak
disana untuk memilih aku sebagai seorang nurse yang berjaya.Berjaya ? Tak, selangkah lagi
selepas selesai tranning selama 2 tahun 6 bulan ! Amenn..

Aku marah dengan diri sendiri , kenapa terasa diri benggong sangat ! Arghh benci , benciiii !!
Bangun pagi terus tengok cermin , mak aii mata bengkak pulak, biasa la tu kalau nanges bengkak 
la jadinya.Sebak pula rasa hati , rasa nak nanges lagi tapi tahan jugak sebab aku kuat !
YEAHHH kuat walaupun kenyataannya tak ! Pagi tadi check lagi keputusan harap2 keputusan
aku tengok semalam salah tapi tetap begitu keputusannya.Menitis lagi air mata kekecewaan.

Michelle oh Michelle ! Mungkin belom ada rezeki ko.Jangan risau nanti ko pasti dapat
sesuatu yang akan mengembirakan hati engko ! Ok itu yang aku kata pada diri sendiri.
Aku malu dengan diri sendiri ! malu dengan keluarga , malu dengan kawan2 dan si dia !
 mungkin ini sudah suratan hidup aku.Aku terima seadanya.Aku bersyukur kerana Tuhan
 masih ada  untuk aku bila aku down.Mungkin sesuatu yang lebih baik sedang menunggu aku!



Dengarlah doa hambamu yang lemah lagi hina ini :(

XOxo



Thursday, May 16, 2013

Segmen Saya nak brooch riben

5 comments:

HELLO PEEPS!

Sebelum tido aku godek segmen.Sila juga bersegmen dengan aku! ehh


klik banner atas ni

18/05/2013 [9.45 malam]
Jom sesama kita join | selamat bersegmen

XOxo

Segmen Topup 2 Hari Bersama Blog Bahrain

4 comments:
Salam sejahtera
^__^


http://bahrain-info.blogspot.com/2013/05/segmen-topup-2-hari-bersama-blog-bahrain.html

Jom join Segmen Topup dari Blog Bahrain
Segmen ini akan berlangsung selama 2 hari sahaja mulai pada jam ini.
Berakhir pada pukul 11.59 malam bertarikh 17 Mei 2013 akan TAMAT

 SYARAT-SYARAT :
(SILA BACA DENGAN TELITI!)

(1) Follow BLOG BAHRAIN termasuk Google +
(2) Buat entry bertajuk "Segmen Topup 2 Hari Bersama Blog Bahrain"
(3) Wajib Copy dan paste Code html Yang telah  disediakan Oleh Blog Bahrain ini pada entry korang 

Tutorial Copy paste kod html




(4) Wajib klik di sini [jujur] --> SINI  dan SINI
(5) Letakkan url entry korang di bahagian komen blog ini --> BLOG BAHRAIN 


HADIAH : 
Top Referal
RM10 x 2

Random
RM5 x 2


SELAMAT MENYERTAI SEGMEN!

TAMAT!!

Copy paste coding entry yang diberikan dibawah ini dan paste kan ke ruangan html post korang. Kalau tak faham tengok tutorial no 3.



Happy Teacher's Day

6 comments:

HELLO PEEPS !

 -1 ASPIRASI , 1 AGENDA-


Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua
warga pendidik dan kepada semua yang bakal menjadi pendidik. Cewahh :D
Guru , sangat besar tanggungjawabnya.Guru adalah pembangkin negara ,, ehh betol ke?
betol la kan. hihihi .. 


Tiada kata mampu saya ucapkan kepada guru-guru yang pernah mengajar saya sejak dari
sekolah tadika lagi. Sejak saya buta huruf sehinggalah saya celik huruf sekarang. Hehehe..
Hanya ribuan terima kasih yang mampu saya hulurkan , segala jasa dan pengorbana guru-guru
tetap akan dikenang.Tanpa guru semua siapa lah saya sekarang , maksudnya tidaklah saya pandai
membaca dan berfikir walaupun dulu saya bukanlah pelajar pintar.Saya jugalah yang selalu leka 
apabila guru mengajar dihadapan , selalu juga melawan cakap cikgu walaupun saya tidak 
menunjukkannya denga perlakuan , tetapi dalam hati ,saya melawan bila cikgu suruh buat kerja.
Betapa kejamnya saya terhadap cikgu yang begitu gigih memberi ilmu.Malunya saya.. Maafkan saya.
Tetapi cikgu tetap tidak jemu memberi ilmu walaupun bermacam ragam pelajarnya.
SAYA BANGGA DENGAN GURU-GURU SAYA.

Cikgu , saya tahu betapa beratnya tanggungjawabmu.
Bila cikgu mula meninggi suara , memukul sedikit , ibu bapa pula menunding jari ,
menyalahkan cikgu kerana memarahi anaknya padahal cikgu hanya mengertak agar pelajarnya
membuat kerja dan menjadi pelajar yang berilmu.
Saya tahu bagaimana perasaan seorang guru bila pelajarnya melawan kata-kata.
Kerana saya juga pernah merasa menjadi guru walaupun seketika.Sedihnya hati bila pelajar buat
tidak endah dengan kata-kata yang terucap.Tetapi tetap gigih memberi nasihat.


Kepada sahabatku yang suatu hari nanti akan bergelar guru saya ucapkan selamat hari guru
walaupun sepenuhnya belom menjadi guru.Hehehe .. Kepada sahabat merangkap kekasih yang
dikasihi [chewahhh :P ] saya ucapkan selamat hari guru juga walaupun belum sah menjadi guru.
Saya bangga dengan kamu..Begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan kamu.Saya akan tetap
menyokong kamu , teruskan perjuangan kamu disana.Chaiyok-chaiyokkkk ;)

Ekceli saya touching menaip entri ni. Wkakakaka tak tau kenapa :P

SELAMAT HARI GURU
-1 ASPIRASI , 1 AGENDA-

XOxo

Wednesday, May 15, 2013

wordless wednesday | Apam

14 comments:


HELOO BLOGGERSSSS !

Warna pun sudah memikat hati , apatah lagi corak-corak tu.
Adoyaii rassssaa nak ngap semua sekali >____<

ni namanya APAM , kuih apam bukan mainan kanak-kanak :P




jemput la tengok , makan tak boleh ..
Ni buatan michelle sendiri tau .. HAAA mohon jangan percaya  >___<

XOxo


wordless wednessday | goreng dan jarak

6 comments:

HELLO PEEPS



HAHAHA
XOxo


Tuesday, May 14, 2013

HARUS BACA | berhati-hati para wanita

10 comments:


Hello para bloggers sekalian !

Michelle nak share sesuatu yang penting dengan korang semua.
Tak salah kot kalau Michelle nak share kan , untuk kebaikan kita semua juga.
Lebih-lebih lagi untuk para wanita diluar sana .. michelle ambik dari facebook.



Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam.

Michelle baca pun dah takut.
Harap kita semua sentiasa berhati-hati , malang tidak berbau.
Michelle copy bulat2 je .. heeheheh :D

XOxo



Giveaway Kiyomi Teddy Store by Norsyuhada Binti Johan

3 comments:

HELLO PEEPS


klik banner comel atas ni.

HADIAH



comey ngat hadiah tuuu >___<


Tag :: Niesalhaq

DONE
XOxo


JOM BLOGWALKING BERSAMA CIK LYEEN CUPCAKES

3 comments:


HELLO PEOPLE !


klik banner kaki kat atas utk join. HEHE ^^

Good Luck Cik Lyeen untuk exam akhir ni :)

Selamat bersegmen

XOxo


Monday, May 13, 2013

buka minda luas-luas , seluas lautan

9 comments:

HELLO PEEPS

Peringatan untuk diri sendiri dan kawan blog sekalian :D
Kita manusia memang tidak akan lepas dari masalah , sejauh mana kita pergi  masalah akan 
tetap mengekori walaupun kita tak nampak masalah itu sentiasa mengikuti kita. Hehehehe :P

Bila kita lemah , kita bangkit. Bila kita terus lemah tanpa kita sedar kita telah
menunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya.Jangan biarkan orang yang membuatkan kita 
lemah itu tidak terus mentertawakan kita bahawa lemahnya kita.Tunjukkan yang kita kuat
walau bermacam cara orang menyakiti hati kita.Buka minda luas-luas,seluas lautan ..
Fikir , kenapa kita perlu lemah apabila orang menyakiti hati kita.Mungkin orang itu cemburu
dengan apa yang kita ada .. Mungkin orang itu bukanlah orang yang perlu kita dekati.

Hati dan cinta !
Cinta memang indah , bila sedang bahagia , sungguh sedikit pun cinta itu tiada buruknya.
Semua dipandang indah .. Nasi pun boleh bertukar power ranger wajah si girlfriend / boyfriend.
Dasyat sungguh penangan cinta ni.HAHAHA .. Orang yang waras juga bertukar tidak waras bila
bercinta. Tetapi bila cinta tidak kesampaian / putus / curang ,ect ... berlaku bermacam-macam
kes pula. Yela seperti yang kita sedia maklum orang putus cinta sanggup bunuh diri.
sebab tu la , buka minda luas-luas .. kumbang bukan seekor , bunga tidak sekuntum.
Percayalah , Tuhan itu lebih mengetahui. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita.Tak perlu
taksub sangat dengan cinta.Ada jodoh tidak kemana , ada pinang belah dua kahwin saje.
Hehhehe :P

Sayangi nyawa kita , peluang hidup cuma sekali jangan bunuh diri :P
Tunjukkan yang kita kuat menghadapi ujian kehidupan.
Cinta bukan segalanya , bangkitlah manusia oiii ..
Buka , buka buka lah oiii minda kita luas-luas seluas lautan. :D 

Tuhan selalu menguji kesabaran manusia.
Percayalah ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Kita hanya berdoa agar kuat menghadapi apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita.
Buka minda kita seluasnya , fikir sebelum buat kerana sesal dahulu pendapatan ,
sesal kemudian tiada guna.

Jom kita sama-sama buka minda luas-luas pastu setelah luas tutup balik dan jangan
lagi fikir hal yang tidak sepatutnya kita fikir. HEHEHE ^^!!
LIFE . LOVE . LAUGH

ok bye
XOxo



Sunday, May 12, 2013

Kau yang bergelar ♥ IBU ♥

8 comments:

HELLO PEOPLE AROUND THE BLOG :P

IBU 
Aku bersyukur masih memiliki ibu seperti ibuku sekarang ..
Aku menghargai segala pengorbanan ibu ..
Aku sayang ibu .. 
Tiada yang lebih berharga di dunia ini melainkan ibuku.
Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan untuk ibu ..
Terlalu menyayangi ibu ..
Tanpa ibu tiadalah aku lahir ke dunia ..
Terima Kasih melahirkanku ke dunia yang cukup indah ini.
Terima kasih menaburi kehidupanku dengan kasih sayangmu.
Ibu ratu hatiku ..


Terima kasih ibu atas segalanya
Ibu selalu memahamiku.
Segala keperluanku tanpa aku pinta sudah tersedia oleh ibu
Ibu mungkin sekarang aku belum bisa membalas jasamu ,
Tapi aku janji , aku janji akan membalasnya dengan nilai yg tidak terbanding.
Akanku sentiasa menyayangiku , mengasihimu dan menjagamu.


Ibu , maafkan aku ..
Aku seringkali mengecewakanmu ..
Aku bukan anakmu yang baik tapi akanku mencuba menjadi anakmu yg baik.
Akanku selalau mendoakan kesejahteraan ibu di dunia.
Sesungguhnya , kaulah semangatku 
Ibu , kau tiada bandingan :*


HAPPY MOTHER'S DAY

XOxo


1st Segmen By Cik Puan

8 comments:

HELLO PEEPS !

Sebelum meneruskan motif utama untuk segmen kali ni , saya ingin mengucapkan Selamat
Hari Ibu untuk Ibu-Ibu seluruh dunia dan juga untuk Cik Puan yang bakal menjadi ibu nanti.
Hiks ! :)

Ok lets start ! 


klik banner atas ni utk join.





senang je , takyah taip bebanyak just copy then paste , copy paste :D
Terima kasih Cik Puan memudahkan kerja untuk hari ni .. hehehe :P

Tag :: Anis dan Momo

DONE | Jom sama-sama support 1st segmen Cik Puan :)
selamat bersegmen

XOxo


Copyright© Design by Michelle MarshmallOw 2014 ツ