Thursday, May 16, 2013

Happy Teacher's Day


HELLO PEEPS !

 -1 ASPIRASI , 1 AGENDA-


Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua
warga pendidik dan kepada semua yang bakal menjadi pendidik. Cewahh :D
Guru , sangat besar tanggungjawabnya.Guru adalah pembangkin negara ,, ehh betol ke?
betol la kan. hihihi .. 


Tiada kata mampu saya ucapkan kepada guru-guru yang pernah mengajar saya sejak dari
sekolah tadika lagi. Sejak saya buta huruf sehinggalah saya celik huruf sekarang. Hehehe..
Hanya ribuan terima kasih yang mampu saya hulurkan , segala jasa dan pengorbana guru-guru
tetap akan dikenang.Tanpa guru semua siapa lah saya sekarang , maksudnya tidaklah saya pandai
membaca dan berfikir walaupun dulu saya bukanlah pelajar pintar.Saya jugalah yang selalu leka 
apabila guru mengajar dihadapan , selalu juga melawan cakap cikgu walaupun saya tidak 
menunjukkannya denga perlakuan , tetapi dalam hati ,saya melawan bila cikgu suruh buat kerja.
Betapa kejamnya saya terhadap cikgu yang begitu gigih memberi ilmu.Malunya saya.. Maafkan saya.
Tetapi cikgu tetap tidak jemu memberi ilmu walaupun bermacam ragam pelajarnya.
SAYA BANGGA DENGAN GURU-GURU SAYA.

Cikgu , saya tahu betapa beratnya tanggungjawabmu.
Bila cikgu mula meninggi suara , memukul sedikit , ibu bapa pula menunding jari ,
menyalahkan cikgu kerana memarahi anaknya padahal cikgu hanya mengertak agar pelajarnya
membuat kerja dan menjadi pelajar yang berilmu.
Saya tahu bagaimana perasaan seorang guru bila pelajarnya melawan kata-kata.
Kerana saya juga pernah merasa menjadi guru walaupun seketika.Sedihnya hati bila pelajar buat
tidak endah dengan kata-kata yang terucap.Tetapi tetap gigih memberi nasihat.


Kepada sahabatku yang suatu hari nanti akan bergelar guru saya ucapkan selamat hari guru
walaupun sepenuhnya belom menjadi guru.Hehehe .. Kepada sahabat merangkap kekasih yang
dikasihi [chewahhh :P ] saya ucapkan selamat hari guru juga walaupun belum sah menjadi guru.
Saya bangga dengan kamu..Begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan kamu.Saya akan tetap
menyokong kamu , teruskan perjuangan kamu disana.Chaiyok-chaiyokkkk ;)

Ekceli saya touching menaip entri ni. Wkakakaka tak tau kenapa :P

SELAMAT HARI GURU
-1 ASPIRASI , 1 AGENDA-

XOxo

6 comments:

  1. wahh..
    jangan touching2 ehhh.
    anyway, selamat hari guru michelle.
    senyum selaluuuu =)

    ReplyDelete
  2. slmat hari cikgu semua! hehehe

    ReplyDelete
  3. kite oun tacing baca entri ni dear...hukhuk..selamat hari guru buat para guru!

    ReplyDelete
  4. Michelle, nape sy xleh nak tinggal jejak kat shoutbox awak. Sob sobs. :(

    ReplyDelete
  5. selamat hari cikguuu.. hehe

    ReplyDelete

Copyright© Design by Michelle MarshmallOw 2014 ツ