Wednesday, April 18, 2012

_PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)_

petang2 senja2 camni nak share tentang penyakit serius yg tengah hot + hit kat negara kita nih ... hahaha~~ nak jadi doktor tak jugak,anggap je aku copy n paste benda ni ekk.. memey arrr ... dok mencari2 dan tercari2 aku ternampak sehingga terbeliak bijik mata benda ni tadi... hehe :D tp aku tahu penyakit ni memang tengah hit to the top karang ni ... :D

straight to the point -----
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti).Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari. >biasanya budak2 sering kena penyakit ni , kepahaman aku la hehehe< selit sikit ayat aku :D

penyebab HFMD -----
Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997.
(tahu tak? cuba cer sebutkan jenis virus tu kalo terer? hahaha ... aku pandai :P tak sebenarnya )

cara merebak -----
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.
(haaa ... jaga2)

faktor2 risiko -----
Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.
(sesiapa pun bole kena jangkit keh bukan budak2 tp biasanya budak2 la :D)

gejala----
Di antara gejala jangkitan ialah:
- Demam
-Sakit tekak
-Ulser pada tekak dan mulut
-Sakit kepala
-Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
- Hilang selera makan
 (sebelum terlambat cepat2 p hospital)

komplikasi----
=Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.
=Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti Meningitis virus atau Ensefalitis).
=Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (Myocarditis).
=Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.
(bahaya sangat !! )

pencegahan----
-Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
-Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan.
- Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.
-Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.
-Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.
-Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.
-Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.
- Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.
- Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.
-Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.
-Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.

Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.

itu je aku nak share ... malas nak copy n paste lagi .. hahhha ! belum lagi taip kan? :D
so sama2 la jaga kebersihan ...

k done ........
-adios amigoshhh-

No comments:

Post a Comment

Copyright© Design by Michelle MarshmallOw 2014 ツ